Khamis, 18 September 2008

SATU BACAAN SIFIR DALAM POLITIK MALAYSIA

Salam Ramadan,

Saya tidak terkejut dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta ahli parti itu agar terus komited terhadap perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam, sekaligus mengingatkan mereka agar tidak hanyut dengan gerakan menubuhkan kerajaan baru oleh Anwar Ibrahim. beliau juga dengan tegas bahawa Pas akan menolak pembaharuan atau pembentukan kerajaan baru jika ia tidak berasaskan kepada perjuangan Islam.

Sebagai seorang ketua parti, itu adalah sesuatu yang wajar beliau perkatakan. Bagi saya, Pas tidak mempunyai pilihan selain perlu segera keluar daripada Pakatan rakyat jika benar mereka ikhlas untuk memperjuangkan Islam. Jika Pas terus kekal seperti sekarang, Pas tidak akan ke mana dan perjuangan menegakkan negara Islam mengikut kefahaman mereka sejak 60 tahun lalu akan menjadi sia-sia. Saya memahami risikonya jika Pas keluar kerana kepentingan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang. Namun, jika prinsip menjadi ukuran, tidak ada sebab satu pengorbanan tidak boleh dilakukan.

Sudah amat jelas petanda, Pas bukan keutamaan dalam Pakatan Rakyat sekaligus menjadikannya sebagai sebuah parti pinggiran semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Jika mereka terus kekal dalam Pakatan Rakyat, Pas tidak mampu mengundur ke belakang dalam keadaan yang baik jika sesuatu berlaku.

Dan, kebimbangan Pas itulah yang akan menjadikan impian Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru sebagai sia-sia. Katakanlah, jika cuba membuat perkiraan sama bodoh dengan Anwar bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat dan tertubuhkan sebuah kerajaan baru pimpinan Anwar.

Persoalan: Pertama, adakah anda percaya bahawa Anwar akan melaksanakan undang-undang Islam atau menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang dicita-citakan oleh Pas selama ini. Kedua: Adakah anda percaya bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada Pas?. Ketiga: Adakah anda percaya bahawa Pas akan berdiam diri?.

Jawapan kepada persoalan tersebut akan memungkinkan Pas pula akan melompat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus bakal membawa perpecahan yang dahsyat di dalam Pas sendiri jika mereka tidak keluar daripada Pakatan Rakyat. Apabila itu berlaku, maka Anwar akan hanya menjadi Perdana Menteri beberapa hari sahaja kerana Pas cabut lari dan kerajaan baru yang lain pula akan dibentuk. Anwar akan kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Itu dicongak secara bodoh sebagaimana Anwar. Namun, saya optimis bahawa itulah realiti politik kita hari ini. Hakikatnya ialah, Pas akan lebih selamat jika mereka bergabung dengan UMNO berbanding Pakatan Rakyat yang didalamnya ada DAP yang sejak dulu menentang perjuangan Pas menubuhkan negara Islam.

Saya fikir, Abdul Hadi wajar memikirkan sedalam-dalamnya kedudukan Pas dalam arena politik negara. Dan, Pas juga wajar berubah sikap dan persepsi terhadap UMNO. UMNO bukan ancaman bagi Pas kerana UMNO sentiasa terbuka saya melihatnya. Namun, jika Pas terus kekal bersama Pakatan Rakyat, Pas akan hanya menjadi alat dan merosakkan maruah partinya sahaja. Jika Pas berpendirian bahawa mereka lebih selesa sendirian seperti dulu, Pas tidak akan ke mana. Hakikat politik sememangnya begitu.

Tiada ulasan: