Sabtu, 7 Mac 2009

DI MANA MARUAH SASTERAWAN

Mengapa tok guru macam takut-takut je nak bakar bendera Israel
Salam politik ...

Sedih, pilu dan memalukan. Itu apa yang saya rasa bila menonton melalui kaca TV mengenai perhimpunan bagi mendesak kerajaan agar memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Banyak persoalan yang bermain di fikiran bila melihat mereka berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berhubung isu tersebut. Terfikir saya, sampai bilakah orang Melayu mahu jadi begitu. Berarak di jalan raya setiap kali ada perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang bermasalah, tidakkah manusia yang menganjurkan dan menyertai perhimpunan itu terfikir bahawa perarakan haram itu boleh mencemarkan nama baik negara di mata dunia. Ketika kerajaan bersusah-payah menyelamatkan ekonomi negara, itu pula kerja mereka.

Adakah cara atau budaya masyarakat kita mahu menyerahkan memorandum seperti itu?. Kalau nak dikatakan memorandum itu mahu diserah kepada Tuanku, mengapa perlu berarak sebegitu rupa?. Mengapa mengambil waktu ketika Tuanku sedang berada di Terengganu?. Mengapa tidak secara rasmi memasuki Istana Negara dan bersuaralah mengikut kaedah yang betul. Saya bukan mahu mempertahankan kerajaan tetapi anda lihatlah gelagat manusia yang menyertai perhimpunan itu, memalukan. Sekali lagi, kebanyakannya orang Melayu. Sama jugalah ketika penderkaan terhadap Sultan Perak, juga orang Melayu sedangkan kerusi orang Melayu di Perak tidak seberapa. Siapa jadi alat.

Saya tidak terkilan bila SN Datuk A Samad Said dan bekas pemimpin DBP, Datuk Harun Hassan menyertai perarakan itu. Mengapa?. Saya hilang respect terhadap sasterawa seperti itu. Mengapa isu PPSIM mereka nampak serius dan berarak tetapi atas nama kepentingan bahasa Melayu dan bangsa Melayu, apabila ada pihak tergamak menggunakan papan tanda dengan bahasa lain selain bahasa kebangsaan, sasterawan seperti itu tidak pula mengamuk. Malah, mereka tidak kisah. Gabungan Penulis Nasional (Gapena) tak serius pun. Tak nampak pun laporan polis dibuat. Sasterawan jiwanya halus. Dan sudah tentu ia mestilah sehalus tindakannya. Bila sasterawan sudah pandai memilih isu dan melanggar undang-undang dengan menyertai perhimpunan haram, sasterawa jenis apakah semacam itu.

Dan, adakah yang menyertai perarakan itu memahami apakah PPSIM?. Tanyalah kepada mereka, satu peratus pun susah nak faham dan mereka menyertai perarakan di atas satu sentimen. Dengar kata Haji Hadi pun ada sama. Tak hairan pun bila dia hadir membantah penggunaan bahasa Inggeris kerana saya tak pernah dengar dia cakap Inggeris semasa dia jadi MB dulu. Tak tahulah dia tu pandai bahasa Inggeris ke tidak. Bagi saya, kalau kita bodoh, kita jangan ajak rakyat bodoh seperti kita. Jangan fikir soal sehari dua tetapi fikirlah jangka panjang.

Mungkin ada kelemahan PPSIM tetapi ia tidak boleh ditentang sedemikian rupa. Saya dengar, ramai juga cikgu yang tak mahir berbahasa Inggeris. Jadi ini bukan masalah dasar tetapi masalah lain. Di awal dulu, orang bukan Melayu menentang benda yang sama. Sekarang orang Melayu pula. Sebenarnya ada yang takut orang Melayu mahir berbahasa Inggeris kerana bila orang Melayu bijak berbahasa Inggeris, mereka akan lebih ke hadapan. Dan, orang Melayu akan lebih berjaya. Anda lihatlah bagaimana rupa orang Melayu yang tidak suka PPSIM. Mereka hanya pandai berarak di jalan raya.

Kepada Pak Samad. Bertindaklah secara adil. Pak Samad mesti tampil menentang setiap usaha pencabulan terhadap bahasa Melayu. Lihat di Pulau Pinang, apa komen Pak Samad?. Lihat di Selangor, apa komen Pak Samad. Saya harap, Pak Samad kumpul ramai-ramai dan berarak serah memorundum sama kepada kerajaan PKR jika benar perjuangan ikhlas untuk memartabatkan bahasa. Jangan memilih isu kerana apabila memilih isu, nampak sangat apa muslihat di sebalik tindakan yang diambil.

Bagi saya juga, baik ditunggu keputusan kerajaan. Fikir secara adil dan tidak menjadikan jalan raya sebagai penyelesai masalah.