Jumaat, 12 Jun 2009

KALAULAH DS HADI SERTAI UMNO...

Assalamualaikum …

Terdapat perkembangan menarik di dalam Pas pada masa ini. Semuanya berpunca daripada cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan DS Abdul Hadi Awang tempohari. Jika kita berbicara mengenai isu itu, ia mungkin mencetuskan pelbagai persepsi. Namun, jika ditanya saya, saya berpendapat DS Abdul Hadi telah mengambil tindakan dan keputusan yang tepat pada masanya. Ia mungkin berhadapan dengan penentangan yang ketara dan terbuka, namun saranan itu telah mengangkat DS Abdul Hadi sebagai seorang nama besar yang berpandangan luas.

Ia sekaligus menolak tanggapan bahawa Ds Abdul Hadi mempunyai fikiran sempit. Jika DS Abdul Hadi ikhlas dan jujur, saya percaya beliau akan mempertahankan cadangan tersebut walaupun pelbagai halangan yang sedang menanti. Penentangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan tidak akan banyak mencalarkan imej DS Abdul Hadi. Ini kerana, Nik Aziz sentiasa dilihat terlalu negatif terhadap UMNO dan melihat UMNO sebagai parti yang jijik walaupun pada masa yang sama beliau berkerjasama dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang menjadi parti yang menentang penubuhan sebuah negara Islam.

Jika saya boleh membuat telahan, saya percaya DS Abdul Hadi mula melihat apakah ancaman politik sebenar yang berlaku hari ini. Saya melihat, beliau mulai sedar betapa sebenarnya survival politik Melayu/Islam itu sendiri mesti diselamatkan. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku, ia bergantung kepada DS Abdul Hadi sendiri. Hanya beliau yang tahu mengapa cadangan tersebut tercetus.

Kalaulah saya boleh mencadangkan, mungkin tidak salah DS Abdul Hadi bukan sahaja berbincang dengan UMNO tetapi mungkin menyertai UMNO. Ia bukan sesuatu yang mustahil memandangkan perjuangan Pas sendiri kini dilihat kian tersasar sejak mereka berkawan dengan DAP dan PKR. Jika itu berlaku, maka ia akan menjadi satu detik bersejarah yang amat dinantikan.

Hakikatnya, kita semua hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segala-galanya.

Jumaat, 5 Jun 2009

PAS DAN LABU-LABUNYA

Assalamualaikum

Hebat benar apabila membaca kisah pada Muktamar Agung Pas semalam. Seperti biasa, ucapan Dasar Presiden, DS Abdul Hadi Awang tidak ke mana-mana. Ia berkisar kepada kepentingan politiknya, berteraskan kepada beberapa isu yang bersifat lemah serta membuai pendengar dengan hal-hal yang mengkhayalkan. DS Abdul Hadi memang seorang pemidato yang hebat tetapi beliau bukanlah seorang pelaksana apa yang dicakapkan dengan hebat.

Secara jujur, saya respect juga dengan ilmu agama yang beliau ada, tetapi saya hilang kepercayaan terhadap ucapan, pendirian dan tindak-tanduknya. Maafkan saya Tok Guru. Terdapat beberapa perkara menarik di sebalik isu-isu yang dibangkitkan pada muktamar itu. Atas dasar demokrasi, saya rumuskan sebagaimana berikut:

Pertama: Pas perlu bergerak bukan sahaja sebagai sebuah parti pembangkang tetapi perlu menjadi parti yang bakal mengambil-alih pemerintahan negara pada PRU ke-13. Anda percaya?. Saya hanya tersenyum sinis dengan perkara tersebut. Saya tidak percaya langsung Pas akan berjaya menjadi parti yang “mengambil-alih” pemerintahan negara pada PRU yang ke-13 nanti. Jika pembangkang menang pun, Pas tidak akan dapat mencapai misi tersebut. DS Anwar Ibrahim akan menjadi PM ketika itu dan Pas hanya akan melukut di tepi gantang. Pas hanya akan memiliki kuasa yang amat terhad.

Maka tidak hairanlah Pas tidak membangkitkan bahawa mereka akan melaksanakan sebuah negara Islam dan mahu melaksanakan undang-undang Hudud yang sebelum ini menjadi pegangan kuat Pas. Pas parti politik yang berkepentingan dan bukan yang menghairankan jika setiap keputusan, tindakan dan angan-angan mereka berasaskan kepada kepentingan tersebut walaupun terpaksa mengorbankan prinsip asal perjuangan mereka.

Saya tidak nampak langsung Pas akan dapat mengambil-alih pemerintahan negara kerana asas-asas tersebut. Maka, apa yang dibangkitkan hanya bersifat mengelirukan rakyat dan sengaja mencetuskan sesuatu yang membangkitkan impian yang besar di kalangan ahli Pas. Hakikatnya, Pas sedar impian itu tidak akan ke mana jika mereka terus bersekongkol dengan PKR atau DAP.

Kedua: DS Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan menyaman dan mengambil tindakan ke atas media asing yang katanya sengaja mencemarkan imej negara dengan isu pembunuhan wanita mongolia dan beberapa isu lain. Demikian menurut Malaysiakini. Satu lagi babak lucu yang dicetuskan DS Abdul Hadi. Mengapa beliau membuat gesaan itu sedangkan yang banyak membuat tuduhan sedemikian ialah puak-puak pembangkang sendiri. Pembangkang di negara ini banyak bertindak melulu sehingga imej negara tercemar.

DS Abdul Hadi yang berpengetahuan agama, takkan beliau tidak sedar bahawa menuduh seseorang tanpa bukti itu apa hukumnya. Janganlah kerana kepentingan, beliau mahu menghalalkan segala-galanya. Sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti Pas, Pas hanya menjaja nama Islam tetapi pemimpin mereka termasuk yang bergelar Tok Guru menuduh orang lain tanpa bukti langsung. Sama juga dalam isu ini. Mereka yang membuat tuduhan tidak mempunyai bukti tetapi mereka tergamak melemparkan fitnah terhadap kepimpinan negara disebabkan kepentingan politik.

Sebab itu bagi saya, tiada yang menarik dalam muktamar Pas. Mereka akan hanya melontarkan sesuatu yang sudah basi dan diulang-tayang. Mereka menyerang UMNO sekeras-kerasnya tetapi mereka berkawan dengan DAP yang menentang penubuhan sebuah negara Islam ala Pas. UMNO dianggap menjijikkan tetapi DAP dan PKR tidak pula begitu. Buatlah penilaian yang jujur. Berbanding DAP dan PKR, perjuangan siapakah yang lebih dekat dengan Pas kalau tidak UMNO.

Saya adalah antara salah seorang rakyat Malaysia yang tidak sanggup ditipu oleh Pas. Saya tidak memerlukan parti yang hanya hidup dengan topeng, cakap tidak serupa bikin dan bercakap mengenai Islam berasaskan kepentingan politik.

Pas sudah memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah. Mana huduh?, negara Islam?.... di Selangor, mengapa tak tutup kilang arak, mengapa membiarkan tumbuh bersepahnya rumah-rumah urut dan sekian banyak sarang maksiat. Di mana perjuangan Islam, di mana roh Islam … di mana!. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, mereka (pembangkang) sedang memakai pelbagai topeng di hadapan kita dan jangan sekali-kali kita terpedaya olehnya. Amin.




Selasa, 2 Jun 2009

STADIUM DAN POLITIK

Assalamualaikum …
Saya berada di ibu negara semalam apabila dihubungi seorang rakan bahawa stadium tuanku mizan di gong badak, kuala terengganu . Hah!, stadium?, soal saya. Bila saya mendapatkan maklumat jelas, rupanya bahagian bumbung yang runtuh, dan bukannya stadium. Lebih dahsyat lagi bila ada yang menelefon saya dan bertanya, betulkah ramai yang mati?.

Walaupun bumbung yang runtuh, namun ia tetap satu kecederaan yang parah. Parah dari segi metarial, parah dari segi moral dan parah dari segi imej negeri Terengganu itu sendiri. Seperti biasa, pas sebagai parti pembangkang akan meminta siasatan dijalankan. Memang kerja pas untuk mencari salah orang sebab mereka tak pernah nampak salah diri sendiri. Maka, kerana itu mereka tak kisah bila diperbodohkan anwar ibrahim.

Bagi yang bukan pas pun sama juga. Ada orang umno yang seakan sinin dan menyalahkan ds idris jusoh kerana stadium itu dibina berlaku di zaman beliau menjadi MB. Saya pun tak faham, kalaulah rumah kita runtuh, adakah yang bersalah ialah kita?. Terpulanglah kepada andaian masing-masing tetapi soal takdir Tuhan tidaklah boleh diheret sebagai isu politik. Kalau ada yang begitu, memanglah bodoh akal manusia itu.

Nasib baik jugalah bumbung itu runtuh sekarang, kalau runtuh selepas PRU ke-13, mesti banyak yang akan menjadi mangsa. Maklumlah, waktu itu pas akan buat ceramah di situ dan soal membazir dah tak ada lagi. Pas?. Yalah, Pas akan memerintah Terengganu pada PRU ke-13. kalau tak percaya, tunggulah.

Berbalik kepada isu stadium ini. Saya tak mahu komen apa-apalah tetapi jika ia berlaku, maka puncanya mesti disebabkan kecuiaian manusia. Kita tak boleh buat tuduhan terhadap benda yang kita tak nampak. Tak boleh.

Fikirkanlah sendiri.