Selasa, 28 Oktober 2008

ANTARA SMS, HILANG KUASA DAN KEDEGILAN


Salam blogers...

Tiba-tiba saja Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Shahrir Abdul Samad mendedahkan bahawa dia ada menerima SMS ugutan. Entah apa alasannya, isu itu diperbesar-besarkan sehingga akhirnya memalukan UMNO di mata umum. Ada beberapa sebab saya kata begitu. Pertama: bermain SMS di kata musim pemilihan adalah perkara biasa (Hatta masa pemilihan Pas pun ada kempen SMS - termasuk yang memburuk-burukkan pemimpin). Kedua: Tak tahu siapa yang sebar SMS itu. Mungkin bukan orang UMNO. Ketiga: Mengapa media jadi tempat pendedahan dan Keempat: Melayan isu-isu SMS seperti kebudak-budakan sahaja.

Apalah sangat yang ada dengan SMS sehingga TPM pun terpaksa komen. Apa kes ni!. Yang nampak teruk sangat.

Apa pun, itulah UMNO. Hal yang kecil menjadi besar. Sekarang musim rebut jawatan. Semua dah mabuk dan lupa daratan. Soal negeri dikebas orang, soal kuasa yang semakin terhakis, soal betapa sekian banyak usaha membela nasib rakyat, soal memperkukuhkan parti, soal menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi, soal kepentingan masyarakat dan sebagainya sudah tidak ada dalam otak orang dan pemimpin UMNO hari ini. Saya pun tak faham mengapa jadi sebegitu. Namun yang pasti, apa yang rakyat lihat, mereka semakin jelek dan bosan dengan UMNO. Benar kata Tun Dr Mahathir bahawa rakyat memilih pembangkang dalam pilihan raya bukan kerana pembangkang hebat tetapi rakyat sakit hati, benci, meluat, bosan dan mual dengan sikap pemimpin dan orang UMNO.

Kepada pemimpin UMNO, sedarlah diri kita siapa dan di mana sekarang ini tempat kita berdiri. Insaflah bahawa kuasa kita semakin diragut kerana kealpaan kita sendiri. Cuba mereka jawab, apakah yang UMNO Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan buat bagi memulihkan parti. Saya tak nampak. Mungkin bagi orang UMNO, kuasa dalam parti lebih penting daripada menjadi sebuah kerajaan. Tak apalah tak jadi Menteri asalkan boleh jadi Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi. Tak apalah tak dapat memerintah negeri, asalkan dapat perintah parti. Politik jenis apa semua ini!.

Saya amat bimbang dengan situasi dan keadaan sekarang, UMNO akan hancur. Apabila UMNO tumbang, untuk bangkit semula, usahlah bermimpi lagi. Jangan kita fikir, kita mampu berkuasa selama-lamanya. PRU-12 membuktikan bahawa UMNO/BN boleh ditumbangkan. Maka sebab itu si Anwar Ibrahim semakin galak mahu menjadi PM.
Insaflah... bertaubatlah sebelum terlambat.

Isnin, 27 Oktober 2008

APA SUDAH JADI DENGAN UMNO



Salam bloger ...

Apa sudah jadi dengan UMNO. Itu yang bermain di fikiran saya apabila melihat perkembangan mengenai pemilihan parti keramat orang Melayu ini. Jika diperhatikan dengan trend berebut jawatan bermula di peringkat cawangan hinggalah kepada kedudukan yang tertinggi, ahli dan pemimpin UMNO seolah-olah sudah lupa kenangan pahit pada pilihan raya umum lalu. Orang UMNO (termasuk bapak-bapaknya semua) seperti lupa daratan bahawa lima negeri kini diperintah oleh pembangkang. Mereka lupa UMNO sekarang berada dalam suasana yang amat lemah dan setiap sudut, saat dan detik yang menimpa parti itu kini diteliti dengan serius oleh rakyat.

Saya fikir orang UMNO memang suka menjadi juara dalam parti walaupun mereka menjadi pembangkang dalam kerajaan. Ini tidak syak lagi. Dan, kerana itulah mereka sekarang seperti manusia gila yang mengejar kedudukan dalam parti. Apa nak jadi dengan UMNO!.

Isu politik wang masih tidak terbendung, kini timbul pula cadangan si Khairy Jamaludin (KJ) menantu Pak Lah yang mencadangkan diadakan debat terbuka. Otak Khairy memang bijak dalam pendidikan tetapi bila dia beri cadangan debat, nampak sangat dia itu bodoh (maaflah). Kalau nak mendapat pencalonan pun, pemimpin UMNO seperti orang gila, inikan pula nak berdebat. Nak cerita apa?, nak bincang apa?. KJ kata semua calon yang bertanding kena jelaskan prinsip perjuangan. Aik, adakah perjuangan pemimpin UMNO itu berbeza-beza?. Bagi saya, debat tidak perlu kerana ia akan hanya merugikan UMNO dan mengoyakkan lagi imej UMNO yang sudah terkoyak.

Kita mahu keterbukaan?. Pak Lah telah melakukan satu dasar terbuka yang akhirnya menjahanamkan UMNO serta Barisan Nasional (BN). Hari ini, Ahli Parlimen BN pun tak hormat Menteri atau Timbalan Menteri di Parlimen. Mulut Ahli Parlimen BN lebih jahat dalam menghentam kepimpinan negara berbanding mulut puak pembangkang. Keterbukaan itulah yang Pak Lah mahu lihat barangkali. Ini mahu berdebat pula. Asasnya apa?. Pastinya nak berkempen. Jangan lupa bahawa manusia yang pandai bercakap belum pasti dia betul dan mampu buat kerja. Si Anwar Ibrahim bercakap memukau-mukau, tetapi apa yang dia mampu buat. Semua rakyat Malaysia tidak lupa apa yang Anwar buat ketika dia dalam kerajaan sehingga menyusahkan negara dan rakyat sebagaimana yang disebutkan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek.

Jadi kalau nak berdebat hanya semata-mata nak menguji siapa pandai bercakap, itu tidak betul. Orang UMNO sepatutnya memberikan fokus bagaimana nak perkuatkan semula parti. Di mana post morterm kekalahan BN pada PRU-12. Mana?. Mengapa UMNO menjadi parti yang lemah sehingga tidak mampu berbuat apa-apa apabila diasak oleh rakan-rakan komponan dalam BN. Bagi saya, kalau membela parti, bangsa dan negara pun tidak mampu, usah mendabik dada mahu merebut jawatan dalam parti, apatah lagi dalam kerajaan.

Lagi satu yang saya pelik. Orang UMNO juga berkata-kata bahawa antara punca kekalahan BN pada PRU-12 lalu ialah imej KJ sendiri yang dikaitkan dengan Pak Lah. Tapi hari ini, orang UMNO juga yang menyokong KJ. Apa ni?.

Saya cuma bimbang, UMNO mengambil langkah terlewat dalam menangani apa jua isu sehingga rakyat semakin meluat dengan sikap pemimpin mereka. Itu saja!.

Selasa, 21 Oktober 2008

KISAH PENULIS BLOG POLITIK YANG MALANG

Sudah agak lama saya tidak menyambung tulisan saya di sini. Maklumlah agak sibuk sikit. Dalam tempoh beberapa hari ini, saya banyak melayari blog kawan-kawan termasuk yang menulis mengenai politik. seronok juga membacanya. Cuma kadangkala ada penulis blog politik di Terengganu nampak macam bodoh sangat-sangat. Pelajaran tinggi tapi idea dan kupasan macam tak sekolah mana.

Saya baru terbaca blog seorang kawan (kawan ke... atau haiwan?. saya tak buka sebelum ini blog dia), saya tengok ada banyak komen dalam blognya dan dalam satu tulisannya, dia semacam kata kat saya yang tulis komen-komen itu. Saya ingat, orang politik sahaja yang takut pada bayang-bayang tetapi rupanya penulis blog politik pun ada perasaan yang sama. malunya.

Saya kata begitu kerana kawan saya pernah hanyar sms kepada saya meminta saya membaca dan menulis blog dia tetapi saya menjawab saya tak berminat membuka blog dia kerana dia bukan seorang manusia yang layak dibuat kawan. Kalau kita menulis blog, main serang peribadi buat apa. penulis blog itu kata jangan serang peribadi tetapi dia serang najib, serang muhyidin dan serang sesiapa sahaja yang tidak bagi dia wang dan pitis. Satu negeri dah tahu dia tu siapa. Dah ramai orang terkena. Tapi ada pulak kroni dia tuduh saya baham duit dengan pok yeh dan pok li.

Teruknya manusia. Kalau ada bukti, berikanlah bukti atau dedahkan saja nama penulisnya. Jika saya menulis menulis mengenai kawan (kawan ke?), saya itu, saya ada bukti dan pengamalan. Duit saya sendiri pun banyak yang dia kebas. Kasut dia pun saya beli, selipar dia pun saya beli, berus gigi pun saya beli, bantak dia tidur saya beli - seluar dalam je yang dia beli (tu pun tak tahulah basuh ke tidak).

Saya fikir, penulis politik (khususnya di Terengganu) kena bijaklah. Jangan buat tuduhan sebarangan kerana musuh ada di sekeliling kita. Kalau nak orang terus membaca blog kita, kita kena jujur. Itu saja.

Selamat menulis kepada manusia itu.