Isnin, 27 Oktober 2008

APA SUDAH JADI DENGAN UMNO



Salam bloger ...

Apa sudah jadi dengan UMNO. Itu yang bermain di fikiran saya apabila melihat perkembangan mengenai pemilihan parti keramat orang Melayu ini. Jika diperhatikan dengan trend berebut jawatan bermula di peringkat cawangan hinggalah kepada kedudukan yang tertinggi, ahli dan pemimpin UMNO seolah-olah sudah lupa kenangan pahit pada pilihan raya umum lalu. Orang UMNO (termasuk bapak-bapaknya semua) seperti lupa daratan bahawa lima negeri kini diperintah oleh pembangkang. Mereka lupa UMNO sekarang berada dalam suasana yang amat lemah dan setiap sudut, saat dan detik yang menimpa parti itu kini diteliti dengan serius oleh rakyat.

Saya fikir orang UMNO memang suka menjadi juara dalam parti walaupun mereka menjadi pembangkang dalam kerajaan. Ini tidak syak lagi. Dan, kerana itulah mereka sekarang seperti manusia gila yang mengejar kedudukan dalam parti. Apa nak jadi dengan UMNO!.

Isu politik wang masih tidak terbendung, kini timbul pula cadangan si Khairy Jamaludin (KJ) menantu Pak Lah yang mencadangkan diadakan debat terbuka. Otak Khairy memang bijak dalam pendidikan tetapi bila dia beri cadangan debat, nampak sangat dia itu bodoh (maaflah). Kalau nak mendapat pencalonan pun, pemimpin UMNO seperti orang gila, inikan pula nak berdebat. Nak cerita apa?, nak bincang apa?. KJ kata semua calon yang bertanding kena jelaskan prinsip perjuangan. Aik, adakah perjuangan pemimpin UMNO itu berbeza-beza?. Bagi saya, debat tidak perlu kerana ia akan hanya merugikan UMNO dan mengoyakkan lagi imej UMNO yang sudah terkoyak.

Kita mahu keterbukaan?. Pak Lah telah melakukan satu dasar terbuka yang akhirnya menjahanamkan UMNO serta Barisan Nasional (BN). Hari ini, Ahli Parlimen BN pun tak hormat Menteri atau Timbalan Menteri di Parlimen. Mulut Ahli Parlimen BN lebih jahat dalam menghentam kepimpinan negara berbanding mulut puak pembangkang. Keterbukaan itulah yang Pak Lah mahu lihat barangkali. Ini mahu berdebat pula. Asasnya apa?. Pastinya nak berkempen. Jangan lupa bahawa manusia yang pandai bercakap belum pasti dia betul dan mampu buat kerja. Si Anwar Ibrahim bercakap memukau-mukau, tetapi apa yang dia mampu buat. Semua rakyat Malaysia tidak lupa apa yang Anwar buat ketika dia dalam kerajaan sehingga menyusahkan negara dan rakyat sebagaimana yang disebutkan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek.

Jadi kalau nak berdebat hanya semata-mata nak menguji siapa pandai bercakap, itu tidak betul. Orang UMNO sepatutnya memberikan fokus bagaimana nak perkuatkan semula parti. Di mana post morterm kekalahan BN pada PRU-12. Mana?. Mengapa UMNO menjadi parti yang lemah sehingga tidak mampu berbuat apa-apa apabila diasak oleh rakan-rakan komponan dalam BN. Bagi saya, kalau membela parti, bangsa dan negara pun tidak mampu, usah mendabik dada mahu merebut jawatan dalam parti, apatah lagi dalam kerajaan.

Lagi satu yang saya pelik. Orang UMNO juga berkata-kata bahawa antara punca kekalahan BN pada PRU-12 lalu ialah imej KJ sendiri yang dikaitkan dengan Pak Lah. Tapi hari ini, orang UMNO juga yang menyokong KJ. Apa ni?.

Saya cuma bimbang, UMNO mengambil langkah terlewat dalam menangani apa jua isu sehingga rakyat semakin meluat dengan sikap pemimpin mereka. Itu saja!.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

debat ini hanya medium untuk melihat hala tuju dan matlamat masing-masing. sebaiknya boleh diadakan secara tertutup jika mukhriz beri alasan imej parti akan tercalar. Dulu mukhriz dianggap hero apabila dengan berani menghantar surat kpd Pm untuk segera letak jawatan. dari sini dapat dilihat dimana pendirian Mukhriz dalam hal ini. beliau seolah-oleh terhimpit dengan kehendak bapanya. tetapi apabila diajak menyuarakan pendiriannya beliau seolah-olah mahu melarikan diri. nama mukhriz sekarang diangkat bukan kerana kredibiliti beliau tetapi hanya populariti. pemimpin sebegini jika tak akan kekal lama. berani kerana
---------------------------------

http://syokmymode.blogspot.com

Oh Malaysiaku berkata...

terima kasih saudara idham,

ini bukan soal KJ atau Mukhrij. Tetapi soal parti. Penting itu. Buat apa kita menang berdebat, menang Ketua Pemuda tetapi kalah dalam pilihan raya. UMNO kian tenat dan adakah kita nampak ada usaha memulihkan ketenatannya. Saya nampak, apa yang berlaku akan menyumbang kepada ketenatan UMNO. tq