Khamis, 26 Februari 2009

SECEBIS KISAH DAN KETERBUKAAN

Salam bloger ...
Sesiapa pun naik pening dengan dunia politik negara kita. Kalau bab pembangkang, bukan main celupar mulut mereka dan betapa biadap tindakan mereka yang mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila setiap kali mereka kalah dan dipercayai bakal kalah. Tidak ada yang betul di mata pembangkang mengenai SPR. Bagaimanapun apabila mereka menang, mereka diam sahaja. Pembangkang mengkritik pembangkang, tetapi pembangkang tetap menyertai pilihan raya yang diuruskan sebuah badan yang mereka sentiasa kritik. Kan bagus dan lebih bermaruah kalau pembangkang tak menyertai pilihan raya.
Begitu juga dengan persepsi pembangkang terhadap polis, sistem kehakiman dan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada mata dan pandangan rakyat, imej dan intergriti agensi berkenaan amat terjejas. Semuanya angkara hasutan dan kerja pembangkang yang menyifatkan setiap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka sebagai tidak adil dan setiap hukuman yang dijatuhkan kepada UMNO sebagai adil. Peliknya, pembangkanglah paling ramai yang membuat laporan kepada SPRM, menfailkan kes ke mahkamah dan membuat laporan kepada polis. Kan elok kalau pembangkang buat aja laporan kepada beruk atau kera di hutan apabila ada isu-isu yang dikira berasas. Yalah, buat apa nak susah-susah ke SPRM, Polis atau Mahkamah. Semua itu sudah tidak berguna di mata kita.
Saya tersenyum masam apabila mendengar ceramah agama di sebuah surau di kampung saya di Dungun. Ustaz itu dalam kuliah selepas maghribnya membelasah pemimpin UMNO dan berkata kononnya UMNO melanggar perintah Allah. Jadi kata ustaz itu, ini bumi Allah dan ia adalah hak umat Islam yang taat kepada Islam (Hmmm dia nak bagitahu bumi Allah ini hak dialah tu... dia kan ahli syurga). Ustaz itu berkata, orang UMNO jangan duduk di atas bumi Allah kalau mahu melawan Allah. Ustaz itu menggambarkan betapa setiap inci tanah yakni bumi Allah adalah milik umat Islam dan UMNO katanya tidak berhak melarang umat Islam (sekali lagi nak rujuk dia tu sebagai ahli syurga) daripada melakukan apa yang disukai di bumi Allah. Kan bagus, kalau ada manusia atau sesiapa yang masuk ke pagar rumah ustaz itu lalu buah rumah sebuah lagi atau bercucuk tanam ke atau apa ke. Kalau ustaz itu marah, jawablah bahawa setiap inci tanah adalah hak umat Islam dan tak ada sesiapa pun boleh melarangnya.
Demikianlah bebalnya sebahagian daripada manusia di dunia ini. Mengapa?. Saya fikir, semua itu adalah tempias kepada dasar keterbukaan yang dilaksanakan kerajaan. Saya bukan anti keterbukaan tetapi berasaskan kepada beberapa perkembangan dan peristiwa, rakyat kita sebenarnya masih belum tahu meletakkan diri mereka dalam mengisi atau menterjemahkan keterbukaan.
Bagi saya, keterbukaan yang masih terbuka ini jika tidak ditutup, ia akan membawa kita semua kepada kehancuran. Terpulanglah kepada anda, sama ada mahu mempercayainya atau tidak.

Selasa, 24 Februari 2009

TAHNIAH DI ATAS PENUBUHAN SPRM

Salam bloger ..
Tahniah saya rakamkan di atas penubuhan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apatah lagi, sebagai wartawan, saya juga bangga kerana tokoh wartawan turut dilantik menduduki jawatankuasa kecil dalam penubuhan SPRM. Jika kita tanya pembangkang (PAS, PKR DAN DAP), mereka tidak akan pernah sampai kiamat pun bersetuju dengan usaha pencegahan rasuah ini. Maka, saya tidaklah terkejut bila pembangkang merancang perhimpunan di Ibu Pejabat SPRM di Putjaya kononnya sebagai tanda tidak puas hati dengan badan itu yang didakwa kononnya mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN). Buat apa nak rasa pelik dengan perangai pembangkang ini. Tidak pelik langsung.

Pas misalnya, mereka membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam setiap ceramah, malah ada penceramah yang tak pandai mengaji tetapi terpaksa menghafal Al-Quran dengan tujuan seolah-olah untuk menghentam UMNO dan BN. Seolah-olah bagi mereka, ayat-ayat suci itu diturunkan oleh Allah untuk pemimpin PAS membelasah pemimpin UMNO/BN tanpa mereka sedar bahawa ia juga sebenarnya terkena pada batang tubuhk, hidung dan kepala mereka sendiri. Begitu juga dengan SPRM. Pembangkang mahukan SPRM itu diwujudkan hanya untuk menghukum orang UMNO dan BN. Sebaliknya, jika puak mereka yang kena dakwa, maka mereka akan kata SPRM berat sebelah. Mereka akan kata SPRM jadi alat BN. Tapi orang UMNO tak ada macam pembangkang, bila ada ahli UMNO kena dakwa dan dijatuhi hukuman, mereka terima seadanya, hormati undang-undang.

SPRM telah dan akan menjalankan tugas mereka dengan seadil dan sebaik mungkin tanpa takut dan gentar pun. Buat apa nak layan sampah masyarakat yang otaknya sudah rosak sehingga mereka menganggap pemimpin mereka seolah-olah manusia maksum dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Rakyat dah tengok semua perangai mereka sejak kebelakangan ini. Masalah moral di kalangan pemimpin pembangkang sudah tidak mampu dibendung lagi. Usaha puak pembangkang membuat bantahan, sama ada dengan perhimpunan atau sebagainya, hanya bertujuan bagi melindungi pemimpin mereka sahaja. Jika satu masa, puak mereka didapati bersalah, maka mereka akan menuduh SPRM tidak telus dan sebagainya. Itu saja tujuan mereka.

Nak kata bodoh, mereka ini memang bodoh sebenarnya sebab itu mereka menjadi perosak dan pengacau kepada usaha kerajaan dalam menangani masalah rasuah ini. Otak mereka nampak sudah rosak dan susah hendak diperbetulkan lagi. Mereka fikir nak dakwa orang rasuah semudah macam mereka membuat dakwaan di pentas ceramah politik. Macam Tok Guru mereka juga. Bila ceramah, sikit-sikit UMNO/BN rasuah... sikit-sikit rasuah. Kalau tanya dia ada bukti, haram pun tak ada. Tok Guru ini tak takut Allah. Pakai serban besar, berdoa menangis tetapu suruh orang ambil gambar (kelakar dan lawak), jubah pun labuh tapi bila bercakap tak ada bukti. Entah ayat mana di dalam Al-Quran yang menghalalkan segala dakwaan palsu tersebut.

Saya optimis, SPRM satu permulaan yang baik. Jika mahu berjaya, kerajaan jangan melayan karenah pembangkang yang sudah hanyut. Mereka ini bukan manusia yang sayangkan negara tetapi lebih suka mencari kepentingan diri. Suka hati dialah.


Sabtu, 14 Februari 2009

PILIHAN RAYA: APA PILIHAN UMNO


Salam bloger,
Ada beberapa perkara menarik yang boleh dikupas mengenai iklim politik negara pada masa ini, khususnya mengenai dua Pilihan Raya Kecil iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau di Kedah. Dua pilihan raya kecil itu pastinya menarik selepas insiden yang berlaku di Perak bulan ini. Saya ingin melontarkan beberapa perkara di sebalik pilihan raya kecil ini.


PERTAMA: Saya tergelak lucu dengan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr Salehuddin Ayub yang mempertikaikan keputusan SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil tersebut pada 7 April dengan alasan tempoh itu agak lama dan dengan bodohnya, pemimpin import dari Johor tetapi bertanding di Kelantan (Tak tahu malu bagi saya) itu menunduh bahawa SPR telah diperalatkan BN।


Jika kita teliti, pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu juga baru-baru ini memakan masa yang agak lama। SPR tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak tetapi andaian pemuda PAS itu banyak didorong oleh keghairahan untuk segera diadakan pilihan raya kononnya mereka yakin mereka menang. Maksud saya, PAS tidak sabar-sabar hendak menghadapi pilihan raya tersebut kerana kononnya mahu membuktikan sesuatu kepada rakyat Perak. Tak usahlah. Bagi saya, rakyat Perak sudah matang dan bijak dalam menilai kerajaan.


Jika anda ingat ketika proses pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pemimpin PAS membuat pelbagai serangan terhadap ketelusan SPR. Namun, selepas mereka menang, semuanya terdiam. Yang dikatakan tidak betul sudah menjadi betul. Jika ditakdirkan mereka kalah, maka riuhlah sekampung menuduh orang itu dan ini. Itu cara berpolitik PAS sejak dulu tanpa mahu mengukur baju di badan sendiri. Jadi, Sdr Salahuddin jangan menunjuk sangatlah kebodohan politiknya. Rakyat tidak sebodoh beliau untuk terheret sama dengan cara berpolitik sempit.

KEDUA: Saya melihat tumpuan UMNO kini ialah kepada calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kedua-dua pilihan raya tersebut। Inilah penyakit masyarakat UMNO yang tidak berubah-ubah. Mereka suka berebut-rebut melobi untuk menjadi calon tanpa memikirkan soal menang dan kalah. Rakyat sebenarnya benci dengan tabiat ini. Dan, jika tidak terpilih sebagai calon, mulalah nak sabotaj dan sebagainya.


Di Perak dan Kedah ini, bagi saya ia tidak sepatutnya menyejukkan isu sebenar mengenai insiden penderhakaan pemimpin pembangkang dan tindakan biadab penyokong mereka di Perak। UMNO hebat ketika isu itu berlaku tetapi apabila tiba bab pemilihan calon, mereka kembali menjadi kalah dan lemah. Bagi saya, ini sesuatu yang tidak sihat dan mesti diubati dengan segera jika UMNO/BN mahu menang di Perak atau Kedah. Rumusan saya mudah. Belajarlah sesuatu yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini jika mahu menang di Perak atau Kedah.


Rumusan saya di Kuala Terengganu mudah। BN memilih untuk kalah, maka kalahlah BN di kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Rakyat Kuala Terengganu telah memberikan mesej yang jelas bahawa mereka tidak mahu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon tetapi BN tetap meletakan beliau sebagai calon, maka kalahlah beliau. Dalam konteks ini, bukan Datuk Wan Ahmad Farid itu tidak baik atau tidak bagus. Saya mengenali beliau dan beliau adalah seorang yang berfikiran hebat serta amat layak menjadi pemimpin. Bagaimanapun disebabkan pemikiran rakyat di Kuala Terengganu ditanam dengan persepsi negatif mengenai beliau (Walau dengan apa cara sekali pun dan mungkin dicetuskan sendiri oleh orang-orang UMNO), maka buruklah imej dan nama beliau di hati pengundi.


Secara perkiraannya, BN boleh kalah jika memilih beliau sebagai calon tetapi entah di atas kreteria apa dia dipilih, maka BN menerima kekalahan।


Maka begitulah di Perak, Kedah atau di mana-mana sahaja। BN mesti memilih untuk menang. Maksudnya, pilihan itu bukan sahaja kepada kata-kata tetapi dalam hal-hal lain yang sangat penting. Jangan memilih calon hanya kerana ia popular atau dekat dengan pemimpin tertinggi parti tetapi biarlah calon itu manusia yang popular di kalangan pengundi. BN mesti memilih untuk menang dan bukannya untuk kalah walaupun mereka sebenarnya sudah Nampak jalan kemenangan.


Saya melihat, rakyat sayangkan BN dan UMNO tetapi pada masa yang sama mereka sangat benci dengan sikap serta gelagat masyarakat UMNO. Itu antara puncanya mereka menerima kekalahan.

KETIGA: BN tidak boleh mematikan isu-isu penting yang berkaitan dengan pakatan pembangkang। Rakyat mesti disedarkan dengan pelbagai cara. UMNO mesti menghidupkan semangat itu. Semangat kebangkitan ketika mereka mempertahankan institusi Raja baru-baru ini mestilah diteruskan dengan hebatnya.


Ingat, UMNO/BN mampu menang jika mereka memilih untuk menang. Itu jalannya.