Sesiapa pun naik pening dengan dunia politik negara kita. Kalau bab pembangkang, bukan main celupar mulut mereka dan betapa biadap tindakan mereka yang mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila setiap kali mereka kalah dan dipercayai bakal kalah. Tidak ada yang betul di mata pembangkang mengenai SPR. Bagaimanapun apabila mereka menang, mereka diam sahaja. Pembangkang mengkritik pembangkang, tetapi pembangkang tetap menyertai pilihan raya yang diuruskan sebuah badan yang mereka sentiasa kritik. Kan bagus dan lebih bermaruah kalau pembangkang tak menyertai pilihan raya.
Begitu juga dengan persepsi pembangkang terhadap polis, sistem kehakiman dan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada mata dan pandangan rakyat, imej dan intergriti agensi berkenaan amat terjejas. Semuanya angkara hasutan dan kerja pembangkang yang menyifatkan setiap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka sebagai tidak adil dan setiap hukuman yang dijatuhkan kepada UMNO sebagai adil. Peliknya, pembangkanglah paling ramai yang membuat laporan kepada SPRM, menfailkan kes ke mahkamah dan membuat laporan kepada polis. Kan elok kalau pembangkang buat aja laporan kepada beruk atau kera di hutan apabila ada isu-isu yang dikira berasas. Yalah, buat apa nak susah-susah ke SPRM, Polis atau Mahkamah. Semua itu sudah tidak berguna di mata kita.
Saya tersenyum masam apabila mendengar ceramah agama di sebuah surau di kampung saya di Dungun. Ustaz itu dalam kuliah selepas maghribnya membelasah pemimpin UMNO dan berkata kononnya UMNO melanggar perintah Allah. Jadi kata ustaz itu, ini bumi Allah dan ia adalah hak umat Islam yang taat kepada Islam (Hmmm dia nak bagitahu bumi Allah ini hak dialah tu... dia kan ahli syurga). Ustaz itu berkata, orang UMNO jangan duduk di atas bumi Allah kalau mahu melawan Allah. Ustaz itu menggambarkan betapa setiap inci tanah yakni bumi Allah adalah milik umat Islam dan UMNO katanya tidak berhak melarang umat Islam (sekali lagi nak rujuk dia tu sebagai ahli syurga) daripada melakukan apa yang disukai di bumi Allah. Kan bagus, kalau ada manusia atau sesiapa yang masuk ke pagar rumah ustaz itu lalu buah rumah sebuah lagi atau bercucuk tanam ke atau apa ke. Kalau ustaz itu marah, jawablah bahawa setiap inci tanah adalah hak umat Islam dan tak ada sesiapa pun boleh melarangnya.
Demikianlah bebalnya sebahagian daripada manusia di dunia ini. Mengapa?. Saya fikir, semua itu adalah tempias kepada dasar keterbukaan yang dilaksanakan kerajaan. Saya bukan anti keterbukaan tetapi berasaskan kepada beberapa perkembangan dan peristiwa, rakyat kita sebenarnya masih belum tahu meletakkan diri mereka dalam mengisi atau menterjemahkan keterbukaan.
Bagi saya, keterbukaan yang masih terbuka ini jika tidak ditutup, ia akan membawa kita semua kepada kehancuran. Terpulanglah kepada anda, sama ada mahu mempercayainya atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan