Salam blogger …
“Orang PAS bukan mengundi kerana calon tetapi mereka mengundi parti yang mereka anggap sebagai perjuangkan Islam dan kalau PAS letak songkok pun sebagai calon, songkok itu akan menang,”.
Ungkapan ini amat sinonim dengan PAS. Namun senario dan persepsi itu kian berubah apabila PAS dikatakan bermasalah dalam pemilihan calon mereka yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini. Apakah pemilihan ADUN Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut itu adalah sesuatu yang tepat atau ada sesuatu yang sengaja PAS sembunyikan daripada pengetahuan umum.
Jika ditanya firasat saya, PAS sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah dalam yang ketara dan pengumuman Abdul Wahid Endut sebagai calon mereka memperjelaskan lagi apa yang saya maksudkan. Tiada asas kukuh mengapa pemilihan Abdul Wahid dianggap calon terbaik.
Adakah hanya beliau menjadi ADUN selama lima penggal sebagai asasnya seperti kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?. Rekod itu bukan sesuatu yang hebat kerana Wakaf Mempelam adalah kubu tradisi PAS sejak ia ditandingi Datuk Mustafa Ali. Malah, dalam peta politik di Parlimen Kuala Terengganu, Wakaf Mempelam dilihat bagai “terkeluar” daripada perhatian. Dalam keadaan tertentu, Wakaf Mempelam dilupai bahawa ia sebahagian daripada Parlimen Kuala Terengganu. Kedudukan geografi politiknya yang menyebabkan hal itu berlaku.
Persoalannya lagi, apakah jasa Abdul Wahid Endut kepada pengundi Kuala Terengganu. Dia menang di Wakaf Mempelam selama lima penggal bukan kerana dia menjadi wakil rakyat yang baik.
Kemusykilannya ialah, mengapa ADUN Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi tidak dipilih sedangkan beliau adalah nama paling popular yang disebut-sebut semua orang. Malah, kedengaran suara orang UMNO sendiri bahawa BN akan berhadapan dengan laluan sukar jika Syed Azman bertanding di situ. Namun, PAS mungkin menyifatkan apa yang didengar itu sebagai “perangkap politik” UMNO, lalu mereka mengubah strategi. Saya tidak nampak strategi itu berkesan bagi PAS. Andaian saya, Presiden PAS mahu menjelaskan kepada ahli-ahli PAS bahawa pemimpin pro ulama di dalam PAS masih berperanan.
Ke mana perginya nama seorang pensyarah dan seorang tokoh korporat yang diwar-warkan. Mungkin disebabkan mereka bukan golongan yang pro ulama, maka tidak terlekatlah nama mereka.
Ia sekaligus mahu menafikan golongan sekular di dalam PAS yang pro Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dikaitkan dengan usaha untuk menguasai PAS. Haji hadi sudah mengesan hal tersebut dan saya fikir berasaskan kepada hal itu, maka Abdul Wahid dipilih sebagai calon. Sepatutnya Haji Hadi memilih ayam tambatannya, Datuk Mustafa Ali, namun disebabkan Mustafa tidak disenangi oleh kebanyakan ahli dan penyokong PAS, maka hasrat itu dipendamkan.
Saya tidak pernah melihat begitu sukar PAS mahu mengemukakan calon mereka dalam pilihan raya selain di Parlimen Kuala Terengganu. Walaupun Timbalan Presiden PAS sendiri memaklumkan bahawa calon mereka akan diumum lebih awal, namun tarikh itu ditunda kepada 1 Januari 2009. Apa pun alasannya, ia tidak mampu memadamkan andaian dan persepsi terhadap PAS.
Umum mengetahui bahawa PAS sedang berhadapan dengan pelbagai masalah dengan parti sekutu dalam Pakatan Rakyat. Yang selebihnya anda tafsirlah sendiri.
Kini saya berpendapat, peluang BN menang makin cerah. Orang PAS sendiri sudah boleh membuat penilaian. Macam yang pernah saya tulis dulu. Mereka ini manusia macam orang UMNO juga. Ada naluri politik dan sebagainya. Jika tersilap memilih calon, maka buruk padahnya.
Saya kurang pasti, apakah muslihat PAS. Namun apa yang saya boleh pastikan, PAS akan menggigit jari dengan calon yang mereka umumkan itu.
Terpulanglah.

1 ulasan:
Salam bloggers,
Kemana menghilangnya Saudara Ayub Mamat? Tak kelihatan pun? Mana tulisan-tulisan hebat anda?
Bagi aku, dalam PRK 036 UMNO telah kalah awal lagi semenjak melantik saudara Hanafiah Man sebagai pegantara rancangan khas bual bicara PRK 036 lagi. Yang jelas dan nyata Saudara Hanafiah Man tidak bersedia dan membuat 'homework' secukupnya untuk menjadi wartawan politik.
Kenapa pihak RTM tidak meminjam saudara Ruslan Abd Rahman yang kini bertugas sebagai pegawai kerajaan negeri Terengganu?
Aku hanyalah pemerhati bebas dan tidak berparti, kerana bagiku politik hanya membuang masa dan jaja air liur sahaja. Lagipun aku bukannya inginkan kekayaan melalui jawatan dalam parti!!!
Catat Ulasan