Selasa, 30 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Salam politik …

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi melayari laman blog ini. Dan, terima kasih juga kepada yang telah menulis ulasan-ulasan, sama ada yang bersifat positif atau negatif mengenai tulisan saya. Saya memohon maaf kerana tidak boleh menyiarkan ulasan daripada mereka yang pengecut dan takut mendedahkan identiti diri. Mereka itu ibarat penulis surat layang yang tidak bermaruah.

Mereka tidak bolej menyatakan saya pengecut kerana saya menulis dengan nama saya yang benar dan sesiapa saja boleh mengenali saya. Oleh itu, saya hanya berminat untuk menyiarkan ulasan-ulasan yang mempunyai identiti. Biar pun anda mahu menulis secara negatif mengenai saya, tetapi jika anda menulis dengan menggunakan nama yang benar, saya akan siarkan.

Juga terima kasih kepada blogger bnkterengganu yang pernah menghentam saya tetapi tiba-tiba memuji saya. saya tidak kisah siapa di sebalik laman blog itu tetapi apa yang mereka tulis mengenai saya adalah silap belaka. Maklumat mereka tidak betul sama sekali dan mereka mempunyai niat yang tidak sihat.

Juga kepada seorang kawan yang dulunya bergigi penuh tetapi kini terpaksa memakai gigi palsu. Dia suka menjilat tetapi entah apa yang suka dijilatnya. Dia penulis yang bagus tetapi disebabkan maklumat yang dia terima adalah salah, maka andaian yang dibuat dalam setiap tulisannya juga adalah salah. Sebab itu, tulisannya tidak terlalu berkesan walaupun ramai yang membuka atau membacanya. Seperti yang saya katakan dulu, membuka tidak bermaksud ia popular. Mungkin ramai yang membuka kerana mahu melihat apakah kebodohan penulisnya.

Tahniah kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan dan tunjuk ajar. Selamat menyambut Tahun Baru 2009.



2 ulasan:

bnkterengganu berkata...

Sama sama diatas terima kasih itu, teruskan perjuangan, jangan pandang belakang.....

afiqsyahmir berkata...

Salam Politik,

Saudara Ayub,

Tidak perlu riuh rendah kerajaan BN yang memiliki kuasa dua pertiga sehingga 2004 tidak pernah berniat meminda perlembagaan. Hari ini Mahkamah Syariah tidak berkuasa memotong satu jari pun! Hentikanlah berpolitik dan jangan lah minta PAS laksanakan Hudud di Kelantan. Bersikap jujurlah.

PETIKAN DARIPADA SINAR HARIAN TULISAN WWW.DRAISRYEE.BLOGSPOT.COM