Jumaat, 12 Disember 2008

PAS YANG HAMPIR TERLEPAS

Salam politik …

Ada satu perkembangan menarik di dalam Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari depan. Pertama, malam semalam saya menjengah majlis Pas di Kuala Ibai. Yang hadir ialah Timbalan Presiden Pas yang juga wakil rakyat import (Rakyat negeri lain bertanding di Kelantan – Pernah bertanding di Besut tapi kalah juga) dan pemimpin kanan Pas Terengganu. Saya lihat orang Pas kali ini kurang bersemangat dan kehadiran tidaklah seramai mana pun. Jika dikira, apabila setiap kali berlakunya pilihan raya, orang Pas akan lebih ghairah dan apabila pemimpin tertinggi mereka datang, pasti berduyun-duyun ke ceramah mereka. Malam tadi, hal itu tidak berlaku.

Kedua, saya terkejut juga kali ini Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali TIDAK DIPILIH sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas. Umum tahu, selalunya di mana-mana pun, Cikgu Pa akan menjadi Pengarah Pilihan raya kerana beliau adalah seorang tokoh yang berpengalaman dan bijak dalam hal ehwal politik.

Mungkin ada beberapa sebab. Antaranya, Cikgu Pas mungkin tersenarai sebagai calon (Yang belum tentu dipilih kerana cadangan calon adalah lebih daripada seorang) atau kedua, berlaku pergolakan dalaman Pas sendiri. Pas Terengganu mahukan Cikgu Pas, Pas Pusat mahukan Mat Sabu dan Pemuda Pas mahukan Doktor falsafah itulah. Ketiga-tiga faktor itu mempunyai asas dan menarik untuk dikupas, apatah lagi Cikgu Pa dikaitkan dengan pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz sendiri yang dikatakan kurang senang dengan Cikgu Pas.

Kalau benar surat atau kenyataan Nik Aziz mengenai Cikgu Pa sebagaimana yang tersebar luas di internet (Pastinya betul kerana ia disiarkan di laman pro Pas juga), maka jelaslah sesuatu yang tidak baik melanda Pas untuk menghadapi pilihan raya kecil itu nanti. Sifirnya mudah, puak Pas juga adalah manusia biasa sama seperti orang UMNO. Mereka mempunyai naluri politik yang tersendiri. Walaupun orang kata Pas akan mengundi parti, namun pemimpin Pas sendiri mengakui bahawa faktor kejayaan Pas pada pilihan raya kecil itu nanti banyak bergantung kepada keupayaan calon. Pas sudah sedar bahawa Mat Sabu tewas pada PRU-12 disebab dia orang luar.

Pas menyangka politik Terengganu seperti Kelantan. Tidak sama. Di Kelantan, jika tunggu kayu atau orang gila menjadi calon pun, mereka akan undi Pas sebab itulah cara mereka berpolitik. Di Terengganu tidak begitu. Kalau tidak, masakan rakyat Terengganu hanya beri Pas peluang sekali atau sepenggal untuk menjadi kerajaan negeri. Maknanya, iklim politik di Terengganu sendiri jauh berbeza dengan tempat lain.

Walaupun Parlimen Kuala Terengganu sendiri pernah menyaksikan kemenangan bersilih ganti antara BN dan pembangkang, namun keupayaan BN untuk menang pada pilihan raya kecil itu nanti tidak boleh diperkecilkan. Sebabnya, Pas juga bermasalah dan masalah itu sudah tidak mampu lagi mereka bendung.


2 ulasan:

bnkterengganu berkata...

Maaf yub kami kena buang link dari bnkterengganu, kerana mu dok berapa cerdik menulis...
kena up BN bukan provok....
provok tu tugas orang lain.
Penulis yang jelas BN kena perjelas dasar BN dan Kerajaan.
harap mu faham

Oh Malaysiaku berkata...

ok ... tak ada masalah sikit pun sebab biasanya orang bodoh tak nampak dia bodoh ... fikir sendirilah mana baik blog aku dengan blog lain yang masih u all link. hubungi hp aku biar aku ajar cara tarik pembaca.