Isnin, 22 Disember 2008

PAS SEDANG LALUI KRISIS PEMILIHAN CALON


Salam Blogger
RAMAI yang ternya-tanya, mengapa Pas tak umum calon mereka pada 21 Disember lalu, yakni sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon mereka. Sebabnya, media telah melaporkan dengan memetik kenyataan pemimpin tertinggi PAS bahawa mereka akan mengumumkan calon mereka pada 21 Disember. Adakah PAS berani menafikan kenyataan awal pemimpin tersebut dan menyalahkan media sebagaimana mereka sering lakukan?.

Dalam politik, mungkin ia sebahagian daripada strategi tetapi dalam keadaan yang lain, ia bakal mengundang spekulasi. Bagi saya, PAS sudah tidak mempunyai sebab mengapa mereka tidak boleh mengumumkan calon mereka pada 21 Disember lalu jika bukan kerana mereka berhadapan dengan masalah pemilihan calon. Dengar kata, PAS pening sekarang ini nak pilih calon.

Walaupun Haji Hadi dengan lawaknya berkata bahawa senarai calon sudah ada di dalam (kocek) poketnya, cakap orang politik mengundang pelbagai kemungkinan. Jika sudah berada di dalam kocek dan “diapungkan” dalam tempoh yang agak lama, maka ia akan bocor juga. Maka, tidak suspenlah nama calon PAS. Sekali lagi bagi saya, sama seperti di dalam drama atau filem, nilai suspen memainkan antara peranan yang paling utama dan penting.

Dalam keadaan yang lain, tiada keghairahan untuk pengundi atau pengundi PAS untuk mengetahui siapakah calon mereka.

Yang pelik, inilah pertama kali soal pemilihan calon dalam satu-satu pilihan raya menjadi isu bagi PAS. Sebelum ini, orang kata, PAS letak kayu, tunggu atau kasut (yang dibaling ke muka Presiden Bush mungkin) sebagai calon, ia akan menang. Sebabnya kata mereka, PAS pilih parti bukan calon. Maka tidak hairanlah kalau pengganas politik pun boleh jadi wakil rakyat PAS. Tapi di Kuala Terengganu lain. Nada dan bunyinya lain.

Haji Hadi katanya, terpaksa minta banyak pandangan dalam pilih calon. Kalau orang PAS undi parti, takkanlah sampai Haji Hadi yang baru balik dari Mekah tu melalut begitu sekali. Ada ke patut, Haji Hadi kata nak minta pandangan blogers. Kalau ikut blogers, PAS akan kalah dalam pilihan raya itu nanti walau siapa pun calonnya. Hahahahaha ….

Berlaku pertembungan saya rasa antara puak tertentu di dalam PAS dalam soal pemilihan calon. Kot-kot Haji Hadi pun takut nak buka sampul dalam kocek dia sebab bimbang orang dia tak jadi calon. Isu calon sudah menjadi hal yang kritikal dalam PRK Kuala Terengganu. Sudah tentu ia menjadi hal yang pelik. Jika itu berlaku, ia sudah tentu berpunca daripada pelbagai desakan banyak pihak di dalam PAS sendiri. Mengapa begitu?. Anda sendiri mampu memikirkannya.

Maknanya, PAS sudah melalui era baru dalam politik. Isu calon menjadi hal yang pokok. Pastinya ada perpecahan dan kekecewaan. Orang PAS pun manusia biasa juga. Mereka ada perasaan dan pemimpin mereka walau sebesar mana pun ada pengaruhnya.

Jadi, tunggulah bagaimana calon PAS bakal dihukum.


5 ulasan:

afiqsyahmir berkata...

Salam bloggers...

Kita tekgoklah siapa akan menang dalam P036 nanti. Biasalah anda wartawan akhbar makan gaji, tak kan nak kutuk calon BN & UMNO. Periuk nasi lebih penting dari pilihanraya sebab kita sama-sama bukan calon P036.

Saya rasa molek juga kalau saudara jadi calon UMNO & BN ataupun calon Bebas dalam pilihanraya akan datang. Uji kekuatan diri. Ha3.....

Oh Malaysiaku berkata...

Terima kasih di atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, saya bukan wartawan yang makan gaji dan kerana itu kena pertahankan UMNO/BN. Kita tidak boleh melihat idea, kupasan atau analisa yang tidak memihak kepada keinginan kita sebagai satu hal yang dikaitkan dengan kepentingan tertentu seperti makan gaji atau periuk nasi. Anda harus lebih bijak dan matang dalam menilai. Teliti tulisan saya, anda fikirkan mengenai asasnya. Politik adalah pertaruhan. BN pasti menang, Insya'Allah.

afiqsyahmir berkata...

Salam bloggers,

Saudara Ayob,

Percayalah keperibadian calon yang bertanding pada P036 akan beroleh kemenangan. Parti hanyalah pelengkap jentera kemenangan. Dewasa ini, golongan belia yang sertai politik hanya inginkan projek dan kekayaan serta limpahan nikmat. Melalui politik, apabila berjawatan Ketua Bahagian sudah tentu automatik terpilih sebagai calon ADUN/MP. Kalau kalah pilihanraya pun tak apa. Sebabnya akan dilantik senator ataupun paling kurang dilantik sebagai Pengerusi agensi kerajaan atau GLC. YB DS Idris - ADUN Jerteh dilantik Pengerusi Mara. TS Yusof Nor - Pengerusi Felda. Elaun & kemudahan pengerusi agensi @ GLC melebihi gaji ADUN!

So, politik adalah pendakian untuk menuju kekayaan.

Ketua cawangan/Pengerusi JKKK pun akan dapat projek kecil-kecilan di kampung. Projek jalan/longkang dsbnya. Buat lah kajian berapa ramai ahli UMNO yang ada lesen kontraktor dari kelas A sampailah kelas F!

Andaikata saya sebagai pengundi di P036 kali ini dan calon bebas adalah Tok Maimun Yusof, maka beliau lah akan saya pilih. Biarlah saudara kata pilihan saya bodoh, tetapi bagi saya membantu orang yang susah lebih mulia daripada membantu calon yang kaya raya dan hidup di alam kemewahan.

Oh Malaysiaku berkata...

Saudara, terima kasih di atas komen anda. Saya gembira dengan pandangan anda. Walaupun ia amat jengkel, namun memadailah bagi anda sebagai anak muda yang baru mengenali apa itu politik. Saya tidak mahu komen terlalu panjang. Cuma sekadar memaklumkan kepada anda bahawa persepsi anda mengenai politik adalah silap. Ia masih jauh untuk anda menerokainya. Jika anda benar-benar faham, anda tidak akan mempunyai persepsi sedemikian. selamat membaca tulisan saya seterusnya.

bnkterengganu berkata...

Ayub, Tahniah dari Kami kerana awak sudah dilantik sebagai koodinator PC sepanjang PRK 036:

http://bnkterengganu.blogspot.com/2008/12/tahniah-untuk-ayub-mamat.html