Khamis, 25 Disember 2008

MEMO KEPADA YANG MENGULAS ...


Salam politik …

Banyak sekali komen yang saya terima daripada tulisan-tulisan saya di laman blog saya ini. Banyak yang memberikan perangsang dan dorongan agar saya terus menulis. Namun, dalam kebanyakan mereka yang matang dan bijak itu, ada juga yang menulis ulasan dengan kesatnya. Itu biasa bagi saya kerana selagi banyak kita melakukan kebaikan, maka segalanya akan dipandang hina.

Saya tertarik dengan istilah kononnya saya ini belum kenal politik tetapi saya hanya lama kenal orang politik. Ia satu pandangan yang baik. Saya tidak pernah mendabik dada pun bahawa saya sudah lama mengenali dunia politik. Saya memang meminati politik dan sejarah hidup saya membuktikan semua itu. Dan, dalam kita menjadi penulis politik, penganalisa politik atau seumpamanya, sifat manusia yang tidak sukakan kita adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Dalam blog ini misalnya, ramai yang berani mengkritik tetapi tidak berani mendedahkan diri mereka. Mereka menulis seolah-olah orang lain tidak ada maruah kononnya setiap kali kita terlibat dengan kerja-kerja politik, maka kita dikaitkan dengan wang dan sebagainya. Mereka juga menggambarkan seolah-olah jika kita tidak dibayar, maka kita tidak akan buat kerja. Semua itu adalah satu fitnah. Dan selalunya fitnah itu datang daripada manusia yang pengecut serta takut mendedahkan diri.

Buat apa kita hanya berani menulis dengan melemparkan kritikan atau sebagainya tetapi pada masa yang sama takut mendedahkan diri mereka.

Saya tidak pernah kisah apa yang hendak dikata orang dengan tulisan saya. Yang saya tahu, ini cara saya dan manusia yang mengenali saya dari dekat, mereka akan lebih memahami apa yang saya buat.

Kepada yang tidak menyukai saya atau tulisan saya, jangan terlalu emosi dengannya. Belajarlah menjadi manusia yang matang atau bijak. Saya faham mengapa mereka tidak menyukainya. Tak payahlah saya dedahkan di sini.

Jika tidak kerana dengki, mungkin kerana yang punya diri sarat dengan masalah atau mungkin sudah lupa diri.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana ulasan yang dikatakan itu. siar je lah, jangan cakap saja yub.. jgn tuduh org pengecut, kalau kita sendiri pun sama. ada org komen diri kita, dah dituduh pengecut. ttunjuk teladan yg baik barulah org akan hormat kita. ini tulis, tuduh, kata kat org pandai. sendiri berak, tak mau ngaku ka???