Salam Bloger
Ketika saya menulis ini, Mahkamah Tinggi Persekutuan baru sahaja mengistiharkan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang di Perlis dimenangi calon Pas, Hashim Jasin. Ia sekaligus membatalkan pengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu bahawa calon yang menang ialah dari Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan apa yang saya dengar dari Perlis, memang calon Pas yang menang tetapi disebabkan faktor-faktor teknikal, maka calon BN diistiharkan sebagai pemenang. Saya tidak mahu komen panjang mengenai hal itu. Apa yang hendak saya ajak anda berfikir ialah bahawa orang Pas akan dengan bangganya memuji mahkamah sebagai adil dan menegakkan kebenaran. Selama ini, apa yang pemimpin Pas dan sekutunya tidak kata mengenai institusi kehakiman negara kita. Tetapi itulah tafsiran Pas terhadap kebenaran dan kerana itulah mereka berjaya menyesatkan pengikutnya.
Sudah banyak kes, anda fikirkan sendiri. Apabila mereka tidak menang kes di mahkamah, maka mereka akan menuduhkan kononnya badan kehakiman kita sebagai tidak bebas atau seumpamanya. Hanya melibatkan kes yang mereka menang sahaja, maka dianggap sistem kehakiman kita telus. Sebenarnya, sistem kehakiman kita sudah sekian lama melaksanakan amanahnya dengan sempurna. Ia dirosakkan oleh manusia-manusia di dalam Pas dan PKR kerana tidak berpuas hati dengan kes-kes yang mereka kalah di mahkamah.
Saya tidak mahu mengambil contoh jauh. Lihat bagaimana seorang pemimpin Pas ditangkap khalwat dengan bini orang satu masa dulu. Faktanya memang dia berada di dalam bilik berdua-duaan. Memang dari segi moral salah dan agama juga kata begitu. Tapi bila mahkamah membebaskan pertuduhan terhadap pemimpin tersebut, maka mahkamah diangkat sebagai adil. Ini hal mereka dengan Tuhan tetapi anda bayangkan perkara yang terang-terang salah tetapi kerana keputusan mahkamah memihak kepada mereka, maka mahkamah adil bagi mereka.
Fahaman seperti itu amat memalukan. Saya sejak dulu benci dengan Pas kerana itulah pegangan mereka. Orang lain salah belaka, hanya dia yang betul. Apabila pemimpin atau ahli mereka ditangkap atau didakwa, maka kononnya itulah konspirasi dan sebagainya. Soal kesalahan yang benar-benar dilakukan tidak mahu diakui dan mereka mahu menggambarkan pemimpin dan ahli mereka itu maksud macam boleh masuk syurga free. Mana boleh begitu.
Persepsi kolot seperti itulah yang menyebabkan rakyat yang tidak faham terheret sama. Bagi saya, jika kita tidak bersetuju dengan sesuatu, maka kita tidak boleh menuduhnya sebagai salah atau tidak betul. Terdapat pertimbangan lain yang perlu diberikan perhatian.
Sistem kehakiman kita sudah terbaik. Tetapi ia dicalarkan dengan tuduhan demi tuduhan oleh pembangkang. Hari ini, mereka seronok buat begitu dan anda fikirkan jika ditakdirkan mereka menjadi kerajaan satu hari nanti (Tapi saya tidak percaya mereka mampu begitu sebab taraf politik mereka yang amat cetek) dan rakyat tidak lagi menghormati sistem kehakiman dan mahkamah, apa akan jadi negara kita.
Saya amat bimbang akan keadaan itu. Jadi, rakyat janganlah sentiasa hidup dalam keadaan diperbodohkan pembangkang. Benarlah kerajaan BN mungkin adqa kelemahan tertentu tetapi kekotoran dan kejahatan pembangkang tidak memungkinkan kita memberikan mereka ruang. Anda lihat wajah-wajah pemimpin pembangkang khususnya PKR. Kebanyakan mereka adalah pengkhianat negara dan bangsa. Percayalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan