Khamis, 25 September 2008

PAS DAN ANGAN-ANGANNYA, NAK KE MANA?



Jika anda melihat foto yang saya kutip dari internet sebagaimana di sebelah ini, mungkin anda mampu fikirkan banyak perkara. Soal berdakapan antara Presiden Pas , DS Abdul Hadi Awang dengan pemimpin pembangkang yang lain bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun, dia pernah memeluk Lim Kit Siang padahal pemimpin DAP itu terang-terang telah menolak Islam yang diperjuangkan Pas. Saya tidak mampu hipokrit bahawa ada tempat-tempat tertentu Pas adalah sebuah parti yang bagus.

Bagaimanapun dalam meniti arus politik negara, Pas seringkali dikecewakan. Kali ini, Pas hendak diperalatkan oleh PKR pula. Hanya kerana mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, maka Pas mahu diperalatkan. Seperti yang saya tulis sebelum ini. Jika ditakdirkan Anwar menjadi PM, adakah anda percaya bahawa TPM akan diberikan kepada Pas?. Dan jika benar itu berlaku, apakah nasib cita-cita perjuangan menegakkan negara Islam oleh Pas.

Ramai di kalangan pemimpin Pas sendiri kini terbuai dengan mainan Anwar. Bermula dengan ahli biasa hinggalah kepada pemimpin penting parti itu, semuanya seronok kononnya Anwar nak jadi PM. Habis tu ulama di dalam Pas yang berjuang habis-habisan sebelum ini nak ke mana?. Siapa Anwar yang Pas percaya sangat itu. Bagi saya, orang UMNO lebih kenal siapa Anwar berbanding dengan orang Pas sendiri. Sebab itulah orang UMNO tak hairan sangat dengan mainan Anwar. Temberangnya semua dah tahu.

Saya juga melihat, pengaruh golongan ulama di dalam Pas semakin terhakis dan dilihat cuba diselubungi sesuatu yang bermaksud untuk menafikan peranan mereka. Ada cubaan untuk menggambarkan bahawa cara perjuangan golongan ulama di dalam Pas adalah cara lama yang sudah tidak berkesan lagi dalam meraih sokongan rakyat. Maka tidak hairanlah, ramai pemimpin profesional dan berpendidikan sekular di dalam Pas menjadikan Anwar sebagai hero mereka, bukan Haji Hadi.

Hakikatnya ialah,rakyat kita masih bodoh dan tidak mampu menilai betapa PKR dan Pas adalah parti yang tidak ada moral dan sebenarnya lebih teruk dari segala parti. Rakyat terlalu taksub kerana terlalu bermain dengan perasaan tanpa mampu menilai dengan adil apa yang sedang berlaku. Mereka menelan apa sahaja yang pemimpin mereka katakan sehingga mereka hilang pertimbangan.

Saya pun tak paham apa akan jadi dengan rakyat kita. Mereka terlalu cetek dalam penilaian politik. Kita tahu UMNO kini berhadapan dengan krisis politik tetapi dalam keadaan itu, Pas dan PKR atau pakatan pembangkang lain tidak mampu menyaigi kemampuan UMNO mamaju dan membangunkan negara ini. Pekatan pembangkang amat tidak konsisten. Dulu parti Keadilan ditubuhkan bagi membebaskan Anwar. Kini, selepas Anwar dibebaskan, perjuangan mereka ialah untuk menjadikan Anwar sebagai PM. Dan jika berjaya, yang terlopong terngaga ialah Pas. Masa tu baru Pas nak menyesal. Sudah tidak berguna lagi. Malah saya berani katakan, mungkin itulah detiknya Pas akan berkubur di bumi Malaysia.




Tiada ulasan: