Ahad, 14 September 2008

POLITIK KELUK-KELEK

Apakah politik di negara kita sudah keluk kelik (tunggang-langgang. Maaf, seperti cakap keling?). Walaupun saya sendiri naik mual dengan segelintir pemimpin UMNO, lantaran kebodohan mereka berpolitik tatkala parti mereka kian dilihat lemah. Dua hari lepas misalnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melontarkan pandangan bahawa Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu letak jawatan dalam kabinet jika TS Muhyiddin tidak bersetuju dengan kerajaan pimpinan Pak Lah. Saya pun terkejut dengan kenyataan dangkal seperti itu, apatah lagi ia diterbitkan dari mulut seorang pak menteri sendiri, sama parti pulak tu. Ishhh hodoh sungguh tabiatnya.

Semalam pula, akhbar melaporkan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim dalam satu sidang akhbar di kediamannya telah berkata bahawa kerajaan tidak sepatutnya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap tiga individu beberapa hari lalu. Beliau berkata, adalah wajar tindakan diambil mengikut Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan bagi menangani isu yang berlaku agar mereka dapat dibicarakan mengikut lunas undang-undang.

Jadi apa?. Tidakkah itu dinamakan cakap keling. Kalau TS Muhyiddin yang meminta agar tempoh pelan peralihan kuasa dikaji semula demi parti UMNO yang keramat telah diminta dan didesak letak jawatan, apa pula maksud kenyataan Datuk Zaid Ibrahim itu.

Tidakkah manis Datuk Zaid Ibrahim, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pulak tu mengkritik keputusan kerajaan yang dia sendiri menjadi anggota kabinetnya. Maka, Datuk Zaid juga tidak bersetuju dengan kerajaan. Dan, dengan itu dia juga kena letal jawatan. Bukankah dia sendiri cakap semalam, bahawa jika beliau juga tidak bersetuju dengan kerajaan Pak Lah, maka dia juga akan letak jawatan. Inilah yang memeningkan.

Negara kita sebenarnya dihuni ooleh ahli politik yang berkepentingan. Mereka menyangka mereka boleh buat apa sahaja tanpa memikirkan apa yang rakyat rasa. Pada hemat saya, TS Muhyiddin berada di landasan yang betul kerana beliau menyuarakan sesuatu yang benar. Anda pergilah ke mana-mana. Pemandu teksi, penjual sayur, pemain dam haji di kedai kopi dan di mana-mana sahaja, semua bercakap bahawa perlunya peralihan kuasa dipercepatkan. Malah kalau boleh, biar ia berlaku di esok hari. UMNO sudah berada di ambang yang amat getir dan jika sesuatu tiak dilakukan, tidak mustahil, parti itu akan menemui kehancuran.

Saya melihat TS Muhyiddin merasai apa yang rakyat rasa dan kerana itu beliau tidak takut lagi. Beliau sudah tidak mampu lagi mempertahankan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Malangnya apabila ada pemimpin yang kaki ampu tidak boleh menerima hakikat tersebut. Bagi saya, mereka yang perasan bahawa UMNO masih kuat adalah mereka yang tidak turun ke bawah, tidak bekerja untuk kecemerlangan parti dan tidak tahu pun apa yang berlaku di bawah.

Usahlah bercakap soal akar umbi kerana akar umbi yang sebenar ialah pengundi. Apa ertinya jika kamu menang dalam parti tetapi kalah dalam pilihan raya sehingga akhirnya kamu hilang kuasa!. Bila kamu hilang kuasa, kamu nak apa lagi. sudah terlambat pada waktu itu.

Saya geram melihat sikap pemimpin UMNO yang tidak sedar diri, mereka hipokrit, tetap mengampu Pak Lah atas sifat dan kepentingan tertentu.

Wahai pemimpin UMNO, sedarlah bahawa rakyat di bawah kini sedang meronta-ronta mahu UMNO dipulihkan semula. Tidak ada cara untuk memulihkan parti itu selain pemimpin tertinggi mesti berundur dan diisi dengan orang lain. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Kita masih ada masa untuk berubah. Jika nasi sudah menjadi bubur, buat apa sahaja sudah tidak berguna lagi.

UMNO parti keramat orang Melayu. Berubahlah wahai pemimpin UMNO. Saya merayu kepada kamu demi masa depan bangsa saya dan masa depan negara saya. Saya sayangkan UMNO. Saya cintakan UMNO. Saya tidak mahu melihat UMNO tumbang.

Kita masih ada kekuatan tetapi kita tidak memilih untuk terus kuat. Kita sendiri memilih untuk menjadi manusia yang lemah. Kita menjadi pemimpin tetapi kita tidak tahu untuk berundur apabila khidmat sudah tidak diperlukan lagi. Rakyat kini sangat sakit hati melihat pemimpin yang susah turun takhta. Saya takut mereka memberontak. Cukuplah wahai pemimpin UMNO. Sedarlah, insaflah .. kembalilah ke pangkal jalan. Kuatkan semula parti kita.

Tahniah TS Muhyiddin ... saya percaya, suatu masa semua orang akan sedar kebenaran kata-kata TS.

Tiada ulasan: