Selasa, 30 September 2008

ADUHAI PAS, SENTIASA DIMANGSAKAN


Salam sejahtera...

Di antara orang yang paling pening dengan dunia politik negara hari ini tentu sekali Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang. Terbaru, beliau dilaporkan sebagai berkata, Pas memerlukan jaminan bahawa kerajaan baru yang bakal dibentuk (Boleh ke?... Jangan mimpilan DS) mestilah lebih baik daripada yang ada. Pandangan saya mudah, DS Abdul Hadi ingin menyampaikan beberapa mesej. Pertama, keyakinan beliau terhadap DS Anwar dan parti pimpinannya masih terlalu goyah. Kedua, beliau nampak PKR dengan pelbagai masalah dalamannya masih belum mampu mengatasi rekod cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam memaju dan membangunkan negara ini.

Pas hendak ke mana sebenarnya. Orang-orang DS Anwar sedang berkumpul dengan hebatnya di dalam parti itu dan golongan ulama saya lihat semakin terpinggir dengan pandangan mereka sudah tidak penting lagi. Imej Pas untuk memperjuangkan sebuah negara Islam telah tenggelam begitu sahaja. Malah orang Pas sendiri sudah semakin mengagungkan DS Anwar berbanding DS Abdul Hadi atau mungkin Nik Aziz sendiri. Sekarang ini, cakap DS Anwar yang dipakai.

Dan yang kian terserlah ialah berlakunya sesuatu yang tersembunyi di dalam Pas sendiri. Lihat bagaimana parti itu berselisih pendapat. Ada pro dan kontra dalam kerjasama Pakatan Rakyat. Saya tidak nampak Pas percaya kepada DS Anwar Ibrahim dan parti-parti dalam pakatan rakyat. Sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya, Pas tidak sewajarnya kekal di dalam Pakatan Rakyat.

Sebabnya mudah bagi saya. Cita-cita Pas untuk melaksanakan Islam tidak akan tercapai melalui Pakatan Rakyat. Adalah amat mustahil DAP akan mengizinkan Pas mencapai matlamat tersebut sedangkan DS Anwar Ibrahim dilihat lebih akrab dengan DAP. Pening, memang pening jika dipikirkan semua ini.

Apa pun, bagi saya, jika Pas tersilap langkah dalam percaturan mereka dalam Pakatan Rakyat, Pas akan menerima padah yang amat buruk. Jika ditanya saya mengenai apa yang sedang berlaku, saya hanya boleh katakan bahawa orang UMNO lebih kenal siapa DS Anwar berbanding orang Pas mengenalinya. Itu sahaja yang ingin saya ketengahkan untuk anda berfikir. Itu pun jika anda mahu.

Salam Aidilfitri. maaf zahir batin.

Tiada ulasan: