Isnin, 15 September 2008

LAGI MP T'GANU KE KABINET?

Saya tidak terkejut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan petang ini kerana selepas beliau membuat kritikan secara terbuka terhadap keputusan kerajaan mengenai undang-undang ISA, maka tindakan itu bagi saya amat wajar sekali. Beliau jelas menunaikan tanggungjawabnya akibat daripada kenyataan yang dibuat.

Tapi, apa yang saya dengar, Pak Lah sebenarnya sudah mahu membuat rombakan dalam kabinetnya dalam masa terdekat. Maka, apa yang berlaku hari ini mengingatkan saya kepada peristiwa menteri kabinet letak jawatan dan kemudiannya Pak Lah mengumumkan pembentukkan kabinet baru.

Cuma apa yang hendak saya tulis hari ini ialah betapa seorang Ahli Parlimen di Terengganu disebut-sebut akan menyertai barisan kabinet baru Pak Lah. Siapakah Ahli Parlimen itu?. Saya tidak berminat untuk mendedahkan tetapi ada sumber yang memberitahu saya mengenai perkara tersebut.

Sehingga sekarang, Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Peneranga, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senatir Datuk Wah Ahmad Farid Wah Salleh sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Itulah wakil dari Terengganu dalam kabinet Pak Lah.

Ahli Parlimen yang disebut-sebut itu, jika tidak diberikan jawatan Timbalan Menteri, akan diberikan jawatan sebagai Timbalan Menteri. Namun, apa yang kuat diketahui, kemungkinan lebih kuat dia dilantik sebagai menteri. Orangnya amat lemah lembut, sentiasa merendah diri dan berpendidikan tinggi serta berpengalaman luas dalam politik.

Jika betul bagai dikata, maka bertuahlah Terengganu kerana mendapat seorang lagi anggota kabinet. Hari ini (Isnin), Pak Lah akan berbuka puasa di Kuala Terengganu. Kalau ada wartawan bertanya, mungkin Pak Lah akan jawab.

Saya tidak boleh bercerita panjang di sini tetapi itulah gambarannya. Cerita ini tentu sekali amat menarik.

Tiada ulasan: