Sabtu, 13 September 2008

NILAI POLITIK ORANG KITA

Apa agaknya sudah jadi dengan negara kita. Politik semakin bercelaru. Segalanya kerana parti pengkhianat PKR. Saya berani katakan begitu, sejak PKR perasan dia parti kuat dan sejak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencanangkan kononya dia nak bentuk kerajaan baru pada 16 September ini. Apa semua ini?. Mengapa buat rakyat jadi bodoh?. Hakikatnya, Anwar sudah terdesak dan gila kuasa. Tengoklah cara rakus dia nak jadi PM.

Harus diingat bahawa PKR, hatta termasuk Anwar sendiri adalah manusia yang kononnya memerangi rasuah. Hari ini apa yang Anuar buat. Mengapa mesti buru Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan hanya nak suruh mereka itu menyertai PKR. Eh, rakyat dah pilih BN dalam proses pilihan raya. Kalau nak jadi PM pun, tunggulah pilihan raya akan datang. Itu pun kalau PKR tak terkubur. Dulu kata kamu memperjuangkan demokrast tetapi sekarang kami mahu menjahanamkan demokrasi. Kamu mahu menafi dan memperbodohkan keputusan yang rakyat telah buat.

Apa jenis manusia kamu ini wahai Anwar Ibrahim. Ingat, jika apa-apa berlaku dalam negara ini, rakyat tidak akan lupa dosa kamu kali ini.

Jadi, di mana perjuangan menentang rasuah, mengembalikan demokrasi - sekarang semua itu, mereka sendiri yang cabuli. Bukan orang lain. Rakyat tak nampak lagi ka semua itu?. Saya pun pelik dengan otak orang Malaysia. Dah berada dalam keadaan yang amat teruk sekali sehingga mereka tidak mampu melihat apa yang sedang berlaku dengan adilnya.

Rakyat kita mahu apa sebenarnya. Saya bukan bercakap mempertahankan BN atau sesiapa tetapi mengapa sebagai rakyat, kita masih boleh menerima apa yang sedang dilakukan Anwar. Orang Malaysia tidak maju disebabkan cara berpolitik yang berkelas bawahan.

Kita berpolitik biarlah ada keuntungan untuk agama, bangsa dan negara. Jangan semuanya tergadai hanya kerana mempertahankan politik. Sebelum ini, sebelum Anwar aktif, negara aman sekali. Walaupun kadangkala iklim politik ada juga ketikanya panas, tetapi tidak seteruk sekarang. Siapa yang jadi pengacau ini. Siapa?. Takkan itu pun rakyat tidak boleh fikir. Teruknya cara kita berfikir. Insaflah, sedarlah baliklah ke pangkal jalan.

Fikirkanlah apa yang saya tulis ini untuk hari ini ya.

Tiada ulasan: