Ahad, 9 November 2008

CHE MANSOR DAN KUALA NERUS

Che Mansor Salleh (Calon Ketua Pemuda UMNO Kuala Nerus) memberi sokongan kuat kepada Datuk Mukhriz Mahathir
Salam blogger...

Mungkin tidak terlewat untuk saya mengulas apa yang berlaku dalam persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus baru-baru ini. Menariknya mesyuarat itu, ia adalah bahagian terakhir di Terengganu mengadakan mesyuarat. Dan, lebih menarik Saudara Khairy Jamaluddin (KJ) dikatakan bakal dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada bahagian itu. Maklumlah ia kawasan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Amiruddin. Saya difahamkan, semua menyangka nama KJ akan melekat di Kuala Nerus tetapi malangnya yang menang ialah Mukhriz Mahathir.

Lebih unik lagi ialah pencalonan itu diadakan secara undian. KJ mendapat 76 undi, Khir Toyo mendapat 70 undi dan Mukhriz memperolehi 87 undi. Yang mencalonkan Mukhriz ialah Fauzi Ngah yang menjadi proksi calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Cikgu Che Mansor Salleh. Tahniah Che Mansor dan Fauzi. Anda wajar diberikan pujian kerana anda berada di landasan yang mempunyai prinsip.

Walaupun anda tewas, namun anda mempunyai prinsip dan prinsip itu berjaya anda tegakkan pada mesyuarat itu baru-baru ini. Hal itu tidak boleh disangkal lagi. Ia adalah sesuatu yang benar-benar wujud. Bagi saya, Mukhriz adalah seorang yang berpegang kuat kepada prinsip perjuangan walaupun saya bukanlah ahli Pemuda UMNO. Beliau mewarisi sikap bapanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa berpegang kuat pada prinsip dalam meniti kehidupannya sehingga kini. UMNO memerlukan kepimpinan seperti Mukhriz. UMNO tidak memerlukan pemimpin yang berapi-api bercakap soal membasmi politik wang tetapi wang bertaburan di sana sini. Pemimpin seperti itu boleh menjual parti dan tidak mustahil boleh menjual negara.

Maka, keputusan pemilihan Mukhriz oleh Pemuda UMNO Kuala Nerus yang dicetuskan Fauzi dan Che Mansor itu tadi adalah sesuatu yang kuat dan menarik. Saya percaya, Mukhriz pun tidak percaya beliau mendapat pencalonan di bahagian itu. Dengar kata menggelabah orang KJ pada mesyuarat bahagian itu. Mesti ada sebab mengapa menggelabah. Mereka sahaja yang mampu memberikan jawapannya.

Pemuda Kuala Nerus sebenarnya masih kekurangan tenaga muda yang berwibawa bagi memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. Saya tidak nampak mengapa Che Mansor ditolak oleh perwakilan. Mungkin juga kerana beliau bukan seorang kontraktor atau bagaimana?. Malang sekali, perwakilan telah memilih calon yang tepat dengan menyokong Mukhriz tetapi mereka gagal dalam memilih calon yang benar-benar berwibawa bagi memimpin mereka di Bahagian Kuala Nerus.

Saya tidak kenal sangat Che Mansor tetapi saya sempat beberapa kali berbual dengannya. Saya meneliti falsafah politiknya dan saya percaya beliau adalah seorang yang serius dalam memperkasakan parti. Beliau tidak mencari kepentingan dan berkebolehan. Di atas sifat itu, sata percaya dan yakin alangkah eloknya jika Ketua UMNO Bahagian yang disambung semula perkhidmatannya, Datuk Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri melantik beliau sebagai Setiausa UMNO Bahagian bagi menggantikan Saudara Ruslan Abdul Rahman yang memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian. Saya nampak ada kekuatan dan kemampuan pada Che Mansor. Lagi pun, calon yang kalah tetapi berwibawa, jika diberikan tempat, ia mampu menyumbang kepada keutuhan dan kekuatan parti. Saya percaya dan yakin mengenainya.
Hanya itu pandangan saya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wrb ....
Tahniah En Ayub Mamat atas kesudian saudara memaparkan pandangan saudara yang amat bernas itu. Namun saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa cikgu mansor hanyalah mendapat 49 undi sahaja. sedangkan Dato Mukhriz menerima 87 undi. Berfikirlah sejenak, apakah logiknya Cg Mansor dan saudara Fauzi Ngah mampu memenangkan Dato Mukhriz sedangkan dirinya mereka sendiri tersungkur. Bagi saya semua ulasan yang saudara berikan hanyalah 'satu slot pembohongan' yang terancang. Fikir-fikirlah, si pemenang sebenat ialah calon yang mampu memenangkan dirinya dan juga secara '.......' memenangkan Dato Mukhriz.TQ.