Rabu, 3 Disember 2008

P'RAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU: PAS MULA BERPECAH

Fariz Musa

Kesian ... Datuk Mustafa Ali

Menggilai siapa bernama Normah ... Mat Sabu
Salam hormat ...

Saya sudah menduga apa yang sedang berlaku ini. Walaupun banyak laman blog membuat pelbagai spekulasi mengenai siapakah calon pembangkang yang akan bertanding, namun mereka juga berhadapan dengan situasi yang rumit bagi menentukan calon.

Sebaik Allahyarham Datuk Haji Razali Ismail meninggal dunia, semua orang bercakap bahawa Pas akan mempertaruhkan Pesuruhjaya parti itu, Datuk Mustafa Ali sebagai calon Pas. Maka beliau dilihat antara orang yang sibuk di rumah Allahyarham, sama ada pada hari kematian atau pun pada majlis tahlil pada malam-malam berikutnya. Memang jika diikut dari segi ketokohan dan kelayakan, beliau seorang calon yang layak. Tentu sekali Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang akan menyokong pencalonan beliau kerana beliau adalah tokoh yang banyak membantu mewarnai politik Haji Hadi itu sendiri. Apatah lagi, beliau adalah ketua parti di Terengganu dan tentu sekali beliau adalah seorang yang layak. Lagi pun, Datuk Mustafa Ali yang saya kenal, beliau adalah seorang tokoh politik yang kritis serta mampu berhujah dengan baik.

Dan, saya tidak terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih berminat agar ayam tambatannya, Mat Sabu diberikan peluang bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu (Untuk rekod, Mat Sabu adalah calon Pas di kawasan berkenaan pada PRU-12). "Campur tangan" lebih awal Nik Aziz terhadap siapakah calon Pas di kawasan itu tentunya memberikan impak atau tekanan kepada Pas Terengganu yang katanya Dewan Pemuda Pas sendiri berminat untuk menawarkan calonnya. Saya pun tak faham, apakah relevannya Mat Sabu bertanding di Kuala Terengganu, sama ada dalam pilihan raya umum lalu atau pilihan raya kecil ini. Siapa Mat Sabu?.

Mat Sabu tak ada jasa apa-apa kepada penduduk dan pengundi di Kuala Terengganu. Sebelum PRU-12, dia datang ke Kuala Terengganu sekali sekala untuk berceramah ala mafia dengan maki hamunnya itu tetapi beliau tidak membela nasib rakyat. Tiang rumahnya pun tak ada di Kuala Terengganu. Dan, paling bengongnya ialah selepas PRU ke-12, Mat Sabu terus hilang dari Kuala Terengganu dan tak buat apa-apa. Lepas itu, Nik Aziz tergamak nak tengok Mat Sabu bertanding semula. Apa kes! ... Kalau orang/pemimpin Pas Terengganu tak marah, baik berhenti jadi orang. Bodoh sangatlah puak Pas kalau biarkan cadangan Nik Aziz menjadi kenyataan.

Yang ketiganya, PKR pun berminat. Si Fariz Musa yang juga Ketua Angkatan Pemuda PKR Terengganu dikatakan berminat untuk bertanding. Ni pun satu hal juga. PKR parti yang perasan kuat dan kerana itu mereka nak letak calon dia. Kononnya nak pakai mood Permatang Pauh. Hakikatnya ialah, PKR banyak menindas Pas dan memperbodohkan Pas selama ini. Dan, adalah ssuatu yang bangang bin bahlol jika Pas membiarkan PKR bertanding di Kuala Terengganu. Itu kerusi Pas, mengapa PKR nak kacau?. Jadi, Pas kena kekal dan berusaha bermati-matian agar kerusi itu milik mereka bertanding (walaupun belum tentu menang).

Jelas sekali ada kecelaruan yang ketara dalam pakatan pembangkang mengenai calon mereka di Kuala Terengganu. Pertama, adanya puak di Terengganu yang mahu anak Terengganu (Khususnya Datuk Mustafa Ali) bertanding. Kedua, Pas Pusat dan tentunya Nik Aziz mahu lihat ada calon luar diberikan peluang dan sudah tentu menggambarkan betapa Pas Pusat tidak merestui Datuk Mustafa Ali bertanding. Ia mengingatkan "pergeseran" yang dikatakan berlaku antara dua tokoh berkenaan. Bukan ringan-ringan kenyataan Nik Aziz terhadap Datuk Mustafa Ali baru-baru ini. Dan ketiga, calon PKR yang mengada-ngada yang akan menambahkan lagi masalah mereka menentukan calon.

Hakikatnya, siapa pun calon Pas yang bertanding, laluannya masih tetap sukar. Pas tidak boleh memandang mudah keupayaan BN walaupun ketika UMNO dikatakan agak lemah. Hampir setahun PRU berlalu, rakyat Kuala Terengganu sudah menilai kemampuan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri mereka. Semua itu dipantau dari dalam hati dan mereka melihat PR tidak layak menjadi kerajaan. Meski pun mungkin mereka melihat UMNO/BN buruk di mata mereka, namun mereka menyaksikan PR jauh lebih buruk daripada itu.

Saya meramalkan terdapat sekurang-kurangnya lima calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti. Siapakah mereka. Tunggulah nanti.

Cuma dalam hal ini, bagaimana dengan UMNO dan BN. Mereka masih dilihat lembab dan lambat bertindak.

Jumpa esok dengan isu yang baru.





5 ulasan:

Alejandro berkata...

people everywhere goes mad!

prkp036 berkata...

Woi, lama tak minum dengan u.
yub, you kena ingat u tu dari BERNAMA. jangan pulak terikut2 rentak bloger yg gila-gila tu..apa pun bila sebut Ayob Mamat mesti orang akan ingat BERNAMA, walaupun you tulis Peribadi.

You tak Lobby calon ka? sorry ma...gurau..ok Jumaat ni you call aku ...kita jumpa..ada benda yg nak suruh you tulis, mesti melentupnya...utuk PR kuala Trg...
Dato' MB Mesti puji dan bangga dengan you..apa apa call aku Jumaat ptg...kita minum sama2

Oh Malaysiaku berkata...

macamana nak call ... tak kenal siapa dan tak tahu no telefon.

ilham mohaiza berkata...

yub,jgn lekehkan lawan awl2 lagi..tgk saja prk permtgpauh..akhirnya kalahteruk no...kita tetap ada kekuatan masing2..apapun inila politik kepartian.yg bwh riuh sekampung,yg atas duduk semeja.goodluck for all..bila nk smbung study? -kawanglame sekampung,ilham mohaiza,pusat pgjian kesusasteraan-scpolitik ,usm penang

Tanpa Nama berkata...

hidup datuk ayub.!!goodluck for all...kawang lame sekmpung,ilham mohaiza,pusat pengajian kesusasteraan-scpolitik,usm penang