Salam bloger …
Isu atau kemelut politik di Terengganu makin menarik. Dengan perkembangan terkini yang berlaku, ia akan menyelak lebih banyak kisah yang pastinya akan menghangatkan lagi iklim politik Terengganu meski pun, isu SMS ugutan bukanlah satu fokus dalam kemelut yang berlaku.
Saya cuma nak ketawa, dan kadangkala tersenyum sini dengan gelagat seorang dua pemimpin politik di Terengganu hari ini selepas berlakunya apa yang disebutkan sebagai krisis keyakinan terhadap kepimpinan MB Terengganu. Terdapat beberapa senario yang paling jelas amat menjengkelkan tetapi ia bukanlah sesuatu yang pelik dalam dunia politik.
Pertama: Mungkin dalam keadaan terdesak, sudah terdapat pemimpin tinggi UMNO Terengganu sudah gatal mulut bercakap dan bercerita kepada wartawan parti pembangkang mengenai hal-hal yang ternyata mampu melemahkan parti. Ertinya, kita sendiri menghentam parti dan memberikan pelbagai persepsi, sumber dan maklumat kepada agen pembangkang – yang mungkin di luar rasa sedar. Kenyataan dan cerita yang disampaikan itu sudah pasti akan dimanipulasi sebagai satu strategi oleh pihak pembangkang. Pemimpin UMNO seperti itu adalah pengkhianat yang dilaknat. Sepatutnya, sebagai pemimpin kanan parti, walau di dalam apa keadaan sekali pun, mereka mesti taat kepada parti.
Mengapa terjadi begitu?. Saya rumuskan bahawa pemimpin berkenaan nampak tertekan, kecewa dan tidak tahu ke mana hendak dituju. Mereka mahu mempertahankan sesuatu yang sudah berada di hujung tanduk dan kerana itu, segala-galanya terdedah dan didedahkan. Teruknya mereka.
Kedua: Saban hari terkeluar kenyataan menghentam wakil rakyat BN sendiri di laman berita portal tempatan. Yang mengeluarkan kenyataan itu, orang yang sama saban hari dan orang yang menulis laporan itu juga adalah orang yang sama. Sebagai seorang wartawan, saya faham benar bagaimana perkara itu boleh berlaku. Dan, saya juga faham benar mengenai sikap pemimpin UMNO itu terhadap apa yang dilaporkan di dalam berita portal itu.
Ketiga: Saya amat sinis dengan strategi supaya setiap pemimpin (Tak kiralah di peringkat mana pun) diminta membuat aku janji. Biasanya apabila sesuatu peristiwa berlaku melibat pemimpin yang dihebohkan bakal terlucut, maka soal aku janji adalah sesuatu yang segera muncul. Dan, dalam keadaan sedemikian, bukan sesuatu yang mustahil, aku janji adalah sesuatu yang dipaksa atau terpaksa. Itu biasa dalam politik.
Lebih biasa lagi dalam politik ialah aku dan janji orang politik langsung tidak boleh pakai. Nak tahu kenapa. Anda tengok apa yang wakil rakyat (Tak kiralah wakil rakyat kerajaan atau pembangkang), mereka bersumpah dengan nama Allah di Dewan DUN atau Perlimen. Namun, apa yang anda nampak perangai mereka. Berbohong, fitnah dan bersikap bodoh sombong adalah sikap yang selalu kita lihat. Jadi, di mana nilai sumpah mereka?. Maka, begitu jugalah dengan kes di Terengganu dan aku janji ini.
Saya berpendapat, tak payahlah dibuat aku janji dalam keadaan sekarang. Ini bukan soal BN atau UMNO sahaja, tetapi ia lebih kepada soal negeri dan rakyat Terengganu itu sendiri. Saya juga jelek membaca tulisan di laman blog yang mengampu kerajaan dan kepimpinan negeri yang ada hari ini.
Jeleknya saya ialah kerana orang itu bukannya ada ketika UMNO/BN di zaman kekalahan, tetapi hari ini orang itu mahu menunjuk lagak nak komen itu dan ini. Saya nak nasihatkan kepada orang itu, sedarlah diri tu sikit bila orang dah ambil kerja di Terengganu. Masa parti sudah, kat mana awak ada. Jadi, janganlah nak tunjuk lagak atau nak rasa hebat.
Jumpa lagi…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan