Sabtu, 4 April 2009

HARAPAN BESAR KEPADA DS NAJIB

Salam bloger ...

Sudah hampir sebulan saya tidak mengisi bahan ke laman blog ini. Dalam tempoh itu, pelbagai kemelut dan peristiwa politik yang berlaku. Namun, yang paling menarik ialah peralihan kuasa dan pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Malah, pelantikan itu turut diselubungi dengan pelbagai khabar angin yang ternyata menjadi agenda pembangkang.

Berasaskan kepada pengamalan yang sedikit, saya boleh rumuskan bahawa semakin banyak kebaikan yang kita buat, maka semakin banyaklah keburukan yang akan orang perkatakan. Itu sesuatu yang rutin bagi sebagai pemimpin, apatah lagi mereka adalah pemimpin politik dan negara. Maka begitu jugalah dengan DS Najib, yang sememangnya terkenal dengan sikap, pendirian dan cara berpolitik yang mengutamakan rakyat - satu warisan yang dijejaki daripada ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin. Saya kagum bila DS Najib mengumumkan pembebesan tahanan ISA dan penarikan balik larangan ke atas dua akhbar pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan.

Saya pula melihat, pembebasan dua tahanan itu sebagai satu petanda awal era pemerintahan DS Najib yang lebih toleran, terbuka tetapi sarat dengan mesej dan mahu melihat soal kesejahteraan dan kestabilan negara sebagai sesuatu yang diutamakan. Begitu juga dengan isu permit Harakah dan Suara Keadilan. Bagi saya, penarikan larangan yang diumum PM itu bukanlah tiket untuk PKR atau PAS menghalalkan apa yang mereka lakukan. Ia bukan sebagai satu asas bahawa dua akhbar berkenaan sebagai betul. Saya melihat, DS Najib memberikan peluang kedua kepada mereka agar tidak mengulangi kesilapan. Rakyat Malaysia tahu bahawa laporan akhbar pembangkang terlalu biadab dan begitu galak menabur fitnah. Mereka lebih berani kerana tiada tindakan diambil ke atas mereka. Penarikan balik larangan itu bagi saya bukan bermaksud akhbar berkenaan berada di landasan yang betul. Saya yakin, kalau dua akhbar berkenaan masih tidak berubah dalam persepsi mereka melaporkan berita-berita yang bersifat fitnah, mereka mungkin tidak boleh diberikan peluang lagi.

Hakikatnya, DS Najib juga perlu melihat iklim politik di negeri-negeri yang dilihat bercelaru selepas pilihan raya umum lalu. Jika perlu diubah dan dirombak termasuk MB di negeri tertentu, beliau mesti lakukannya demi memastikan negeri berkenaan tidak jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Ada negeri yang amat menuntut pertukaran MB yang baru kerana apa yang ada sekarang sangat menyumbang kepada kelemahan, kecelaruan politik serta melemahkan UMNO serta BN. Hal ini tidak boleh dibiarkan jika DS Najib tidak mahu melihat apa yang disebut, jika tidak sanggup berubah, kita akan rebah. Rakyat kini nampak semakin selesa dengan pendekatan DS Najib dan mahukan beliau terus kekal dengan kaedah dan keadaan tersebut.

Rakyat masih ingat ketika Pak Lah dilantik sebagai PM, beberapa hari terawalnya, beliau selalu membuat lawatan mengejut termasuk agensi berkenaan. Bagaimanapun hal itu tidak berterusan dan seolah-olah apa yang dilakukan hanyalah sebagai satu gimik semata-mata. Saya tidak fikir DS Najib juga begitu. Sebagai anak kepada PM yang berjiwa rakyat yang jasanya masih melekat di setiap sanubari rakyat, saya optimis DS Najib tidak akan melakukan setiap tindakan sebagai satu gimik sehaja. Ia adalah sesuatu yang benar-benar berlaku dan mahu dilakukan demi rakyat serta negara secara berterusan. DS Najib usah melayan apa yang diperkatakan pembangkang. Mereka hanya mahukan kuasa dan kerana itu sesiapa sahaja yang menjadi PM yang bukan di kalangan mereka, mereka akan menganggapnya sebagai tidak betul. Ditambah dengan pemikiran segelintir rakyat kita sendiri yang dilihat semakin biul, maka pembangkang semakin galak dalam tindakan mereka.

Sebenarnya, pembangkang kini amat takut dengan perubahan yang bakal dan sedang dilakukan DS Najib. Mereka takut rakyat tidak lagi menyokong mereka dan kerana itu mereka sentiasa memburuk-burukkan DS Najib.

Saya yakin, zaman kejatuhan pembangkang sedang berlaku ... tunggulah apa yang akan diputuskan pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air sebagai mesej awal rakyat kepada pembangkang.

Tiada ulasan: