Salam bloger …
Tanpa saya sedar, saya telah mengabiskan masa melebihi empat jam melayari internet malam ini. Dah nak masuk subuh pun di kala ini. Saya membaca blog anak MB Kelantan, Nik Abduh yang membongkarkan mengenai wujudnya pembantu ayahnya yang cuba melaga-lagakan Nik Aziz dengan Haji Hadi. Saya tidak berminat langsung dengan isu Nik Abduh sebab sejak dulu lagi, Pas bukan sebuah parti yang betul pun. Orang yang masih sokong Pas adalah mereka yang dah buta, dan tak tahu nak beza antara intan dan permata. Kalau setakat nak pakai serban dan jubah, orang lain boleh lebih hebat lagi.
Cuma, saya tergeli hati dengan ratusan komen yang ditulis oleh pengunjung blog Nik Abduh itu. Saya baca satu persatu. Macam-macam jenis komen yang ada. Anda bacalah sendiri barulah anda faham apa yang saya maksudkan. Cuma, rumusan ringkas yang boleh saya katakan ialah orang Pas mana ada akhlak. Mereka hidup dengan bermodalkan air liur saja. Mereka cakap nak Islam tapi mana ada akhlak Islam. Baca komen itu saya tersenyum.
Ada pengomen yang seakan tidak senang dengan tulisan Nik Abduh kononnya ia bersifat seperti satu tuduhan sedangkan ramai pengomen yang menuduh sesama sendiri. Itulah akhlak Islam ala Pas. Nak buat macamana.
Apa yang ditulis Nik Abduh adalah satu pendedahan bahawa berlaku pergolakan di dalam Pas yang selama ini sengaja dan cuba disembunyikan oleh Pas sendiri. Lalu mereka mainkan gendang kononnya ini agenda UMNO. Tak tahulah saya, kalau anak Nik Aziz sendiri dah berjiwa UMNO dan nak masuk UMNO sehingga beliau berani membuat pendedahan sebegitu. Yang jelas, ada sesuatu yang tak kena dengan Pas dan itu jelas.
Cuma saya sedih bila pemimpin Pas mengutuk UMNO macam-macam kononnya UMNO tak mahu Islam tetapi Pas masih menerima DAP yang terang-terang menolak Islam. Sampai ke tahap itu pun, orang Pas masih tidak mampu berfikir dan membuat penilaian secara adil. Jelas sekali ketaatan mereka tidak bertempat dan sifat sedemikian akan hanya menyumbang kepada kelahiran generasi yang merugikan negara.
Jika ditanya kepada saya, biarkan saja Pas dengan labu-labunya. Sebab itu dia menjadi parti yang tak berkembang. Pas perasan bahawa gabungannya berjaya meraih sokongan rakyat yang kuat. Seperti biasa, Pas menang bukan sebab dia kuat tetapi ada undi protes terhadap UMNO pada 2008. Saya tidak nampak hal yang sama akan berulang pada pilihan raya akan datang. Jangan pulak bila kalah, nanti pas kata UMNO guna pengundi hantu. Pas tak akan ke mana. UMNO tak payahlah takut atau gusar. Tulisan Nik Abduh itu telah memberikan gambaran awal mengenai penyakit sebenar yang ada di dalam Pas. Tunggu dan lihat sahajalah nanti.

2 ulasan:
sebenornye org umno tranung bodor sbb mereka mengsia-siakan org macang mung ni ayub. aku tahu mu seorang pengalisis politik yg hebat dan aku tahu mung banyak peranan yg sangat baik untuk perkasakan umno di zaman kalah dan deris jadi mb. Mat said patut jadikan kang mung ting tang dia sbb mung mmg hebat politik. org tranung kenal mung ayub mamat, manusia hebat berpikiran politik dan bijak berceramah atas pentas bn. aku penoh dengor mung cermah di geliga. ribuang org dengar. hebat mung.
AKU SETUJU ... MAT SAID TAK NAMPAK SEMUA ITU. TENGOKLAH SIAPA ORANG YG DIA PAKAI. HAMBALI, ROSLI. AKHIRNYA JADI APA?. FIKIRLAH
Catat Ulasan