Salam bloger …
Politik Terengganu nampak belum reda walaupun beberapa percubaan nampak telah dibuat pemimpin tertinggi agar apa yang berlaku terus berlaku. Di sebelah pihak, mereka bermati-matian mempertahankan MB Terengganu, Datuk Ahmad Said agar kekal di jawatan itu. Al-maklumlah, mereka nak sambung talian hayat katakana. Di satu pihak yang lain amat yakin akan berlaku pertukaran MB memandangkan MB sudah diturunkan pangkat sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Terengganu. Saya cuma mahu merumuskan sedikit sebagaimana di bawah:
PERTAMA: Saya naik malu dan tergemang bulu roma bila baca tulisan dalam satu laman blog yang tidak percaya bahawa polis menafikan polis mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Zuber yang kononnya dikaitkan dengan penghantaran sms ugutan bunuh kepada ADUN Barisan Nasional (BN). Saya nampak penulis blog itu hanya seronok membaca laporan yang memihak kepadanya sahaja tetapi beliau tidak boleh menerima satu kenyataan yang berbeza.
Labih bahlul lagi, dia sanggup menyalahkan wartawan dan akhbar yang membuat laporan dengan mencetuskan pelbagai persoalan yang saya anggap bertaraf tepi jalan sahaja. Tapi, saya tak hairan sangat dengan perangai macam itu kerana talian hayatnya sedang berada di hujung tanduk. Bagi saya, penulis itu tidak faham mengenai politik Terengganu dan sejarahnya. Maklumlah dia datang ketika menang saja dan mendapat ehsan pula bekerja di bawah orang nombor satu di negeri ini. Jika dia mengerti dan memahami sejarah politik Terengganu, dia tidak akan menulis begitu. Sebab itu, ramai orang tidak senang dengan penulis itu … maaflah, terpaksa berkata benar.
Jika kita jujur dan ikhlas, terimalah kenyataan dan hakikat politik serta bacalah apa percaturan yang sedang berlaku sekarang. Jika kita tidak mempunyai kepentingan, mengapa mesti takut menulis yang benar dan menganalisa mengikut persepsi yang telus dan saksama. Mengapa mesti dipertahankan sesuatu yang sudah tidak lagi wajar dipertahankan. Jika demi rakyat, katakan rakyat mahukan perubahan kepimpinan negeri sebagai satu jalan penyelesaian muktamad. Itu jelas. Maka, saya harap penulis blog itu menulis dengan jujurlah.
Bukan nak mengata tetapi nak berkongsi pandangan.
KEDUA: Bak kata Datuk Seri Najib, orang politik memang susah nak lepas jawatan. Hatta, nak lepas jawatan Ketua UMNO Cawangan pun susah. Kebenaran kata-kata itu berlaku di Terengganu. Presiden UMNO telah membuat rombakan terhadap pucuk kepimpinan UMNO Terengganu tetapi sehingga ke saat saya mencatatkan tulisan ini, belum saya dengar walau seorang pun pucuk pimpinan di Perhubungan UMNO Negeri melepaskan jawatan mereka. Jadi, adakah mereka bekerja untuk rakyat dan menerima jawatan demi rakyat atau parti?. Mengapa mesti melepaskan jawatan?. Sebabnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sudah berubah, maka yang lain – jawatan yang dilantik mestilah juga menterjemaahkan kepada apa yang dilakukan di peringkat pusat. Dulu, ketika Datuk Seri Idris Jusoh melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan, yang dibawah automatic letak jawatan. Itu baru gentelment. Tapi sekarang, ada begitu?. Apa lagi hendak dipertahankan sedangkan rakyat semakin juak dengan apa yang ada. Rakyat sudah tidak berselera lagi dengan pemimpin yang tertinggal itu atau kini semakin panas mencari talian hayat untuk meneruskan nafas politik mereka.
Jika ditanya kepada saya mengenai pelantikan DS Hishamuddin Tun Hussein sebagai Pengerusi Badan Perhubungan, saya mahu saja menyatakan bahawa pemimpin tertinggi parti sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin UMNO Negeri yang ada. Jika diterokai lagi, diterjemahkan pula mereka sebagai pemimpin yang sudah gagal dan kerana itu perlu diganti dan telah pun diganti. Alhamdulillah. Soalnya, apakah layak pemimpin yang sudah tidak dipercayai lagi itu terus kekal sebagai pemimpin di situ?. Jika DS Hishamuddin tidak melakukan rombakan atau membuat pembaharuan dalam Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam masa terdekat, lebih baik DS Najib menarik balik jawatan tersebut kerana tuntutan politik di Terengganu hari ini memerlukan tindakan begitu.
KETIGA: Sebagai orang luar dan sentiasa menganalisa politik di Terengganu, perangai Ketua UMNO Bahagian (bukan semua) juga agak mengecewakan. Dulu, ketika mereka ini tidak dipilih sebagai calon, apa mereka buat dan bertindak. Mereka sentiasa fikir bahawa disebabkan mereka Ketua UMNO Bahagian, maka mereka layak jadi calon pilihan raya sampai mati. Saya ulangi apa yang pernah saya tulis bahawa menang jawatan Ketua UMNO Bahagian bukan terjemahan kepada menangnya mereka di hati rakyat. Ada Ketua UMNO Bahagian yang telah berkali-kali bertanding dan bila sudah tidak diberikan peluang bertanding, mereka nak mengamuk.
Ada yang hantar orang berarak. Ada yang berak di tepi jalan tapi tak mengaku itu tahi yang dia tinggalkan. Namun, busuknya rakyat dah tahu kepunyaan siapa tahi itu. Ada yang serba salah dan duduk peluk tubuh di rumah kerana sudah tidak terpilih sebagai calon. Bila BN menang 2008, mereka nak mendakwa bahawa kemenangan itu adalah juga jasa mereka. Tahi!.
UMNO mesti membuat penelitian dan melucutkan lebih banyak kuasa yang ada di tangan Ketua UMNO bahagian kerana kuasa yang banyak itu telah terbukti dan ternyata menjadi senjata yang makan tuan. Dengan jasa itu, UMNO dapat diurus dengan baik sehingga ke akar umbi. Maaflah ya Ketua UMNO Bahagian. Tembak sikit.
KEEMPAT: Bila sudah tersepit, maka kedengaran suara bahawa mereka menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan kedudukannya. Nak serah macamana?. Nak adakan pilihan raya?... atau bagaimana?. Mesti diingat bahawa Wakil Rakyat mewakili suara rakyat. Dan, tindakan serta keputusan mereka juga menggambarkan rakyat di belakangnya. Takkanlah itu pun susah nak dibuat kira-kira. Projek berjuta-juta main kira dengan jari sahaja, inikan pula soal kepercayaan rakyat. Kecil punya hal.
Masalahnya ialah di dalam diri. Kita bercakap orang memperkasa dan membela rakyat tetapi kita tidak terjemahkannya. Kita nak juga mempertahankan sesuatu yang sudah tidak layak lagi dipertahankan. Ingat, rakyat sedang melihat dan meneliti. Rakyat sedang membuat perkiraan. Jika benar demi rakyat, bertindaklah berasaskan suara rakyat yang sudah jelas. Itu pesanan saya kepada pemimpin kerajaan negeri hari ini.
Jika pemimpin masih enggan dan tidak mahu akur dengan kehendak serta permintaan rakyat, tunggulah hukuman rakyat. Itu saja.

3 ulasan:
Catatan terbaik...
sdr hambali latif terasa kot...
Memang dasar pemimpin umno susah nak lepas jawatan,,, kenapa ye???? sebab bila ada jawatan ,,,senang nak handle projek masyukkkkkk... ni lah kelemahan umno... depa ni lupa RM yang datang dengan cara tersebut tiada keberkatanya,,,, tu yang selalu duit tak de,,,tapi projek masyuk banyak... dah tak berkat.... macam mana nak lekat duit tu....
Salam, saya setuju dengan pandangan saudara. Bukan nak tunggu PRU13 baru nak betulkan keadaan. Cukuplah sekali kalah pada 1999! Serik Doh Weh!!!
Ikuti ulasan saya mengenai perkara yang sama di :
http://www.nasidagang.com
Terima kasih. Teruskan Perjuangan. Kita mahukan yang terbaik untuk rakyat Terengganu!
sebagai rakyat, aku tidak suka perkara ini berlaku kerana ia cukup mengaibkan.
Pihak di sebelah sana sedang bertepuk tangan dan hanya senyum apabila mendengar berita mengenai pemimpin berebut dan gila kuasa.
jika x mahu nama Terengganu busuk, sebagai pemimpin perlu bijak berfikir. Jangan duk jaja tahi sendiri kat orang lain.
Ikut rasa binasa, ikut hati mati....
aku x suka dunia politik kerana ianya banyak helah dan menipu rakyat...
Aku tak Suka!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan