Khamis, 16 April 2009

TERENGGANU DAPAT MB BARU?

Salam bloger ..

Kemelut politik di Terengganu semakin panas nampaknya ... tengahari tadi, MB Terengganu, Datuk Ahmad Said bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Utusan melaporkan, bekas MB Datuk Seri Idris Jusoh juga kelihatan sama. Apa yang menarik, malam ini saya menerima beberapa maklumat yang menyatakan bahawa Terengganu bakal menerima MB baru tidak lama lagi. Apa sebabnya dan adakah ia ada kaitan dengan kemelut yang berlaku. Itu saya tidak berapa pasti tetapi itulah yang diberitahu kepada saya.

Jika ditanya kepada saya, saya fikir, itu mungkin jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Amanat rakyat tidak boleh terganggu dan terus diganggu jika ia dibiarkan terus berlaku. Masalah di Terengganu, bagi mereka yang tidak faham, sudah tentu mereka akan membuat pelbagai andaian tertentu. Apatah lagi pembangkang, mereka memang sering menangguk di air yang keruh. Apa yang sedang berlaku di Terengganu adalah satu proses sihat dalam mencari satu formula bagaimana untuk melihat Terengganu terus maju dan cemerlang. Terengganu perlukan pembaharuan dan perubahan, maka itu menjadi satu tuntutan.

Saya tidak melihat dalam perpektif negatif terhadap tindakan ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN baru-baru ini. Saya yakin mereka mempunyai asas tersendiri sebelum menentukan tindakan dan percaya ia adalah satu usaha yang baik demi masa depan negeri dan rakyat.

Jika benar, Terengganu akan mendapat MB baru, maka kita lihatlah siapa pula yang akan menjadi MB. Ada yang menyebut ADUN Cukai, Datuk Mohamad Awang Tera dan ada pula yang menyebut ADUN Teluk Pasu, Datuk Rahin Mohd Said. Siapa pun MB Terengganu, yang penting biarlah ia membawa perubahan untuk Terengganu. Rakyat Terengganu amat dahagakannya.

Kita tunggulah nanti.

1 ulasan:

nasidagang berkata...

siapa jadi mb baru jaga terengganu molek2 lah rakyat mahu mereka dibela dan taraf hidup dipertingkatkan.

ikuti ulasan lanjut saya di http://www.nasidagang.com